“This is too much! Apa salah dan dosa dia?” – Arja Lee terkilan didiskriminasi dan sering ditolak untuk bintangi drama sebuah stesen TV

"This is too much! Apa salah dan dosa dia?" - Arja Lee terkilan didiskriminasi dan sering ditolak untuk bintangi drama sebuah stesen TV

“This is too much! Apa salah dan dosa dia?” – Arja Lee terkilan didiskriminasi dan sering ditolak untuk bintangi drama sebuah stesen TV

Pelakon dan penggiat seni teater, Arja Lee meluahkan rasa terkilan apabila sering ditolak untuk membintangi drama dan rancangan di stesen televisyen tempatan.Luahan itu disalurkan Arja Lee, 34, menerusi akaun media sosial Facebook peribadinya malam tadi.

Dalam status itu, Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli menyatakan kehampaan apabila namanya sering ditolak stesen televisyen dan mempertikaikan tindakan terbabit.

“Tak tahu apa yang stesen televisyen atau individu-individu terbabit yang asyik menolak sesuka hati nama seorang anak seni yang ikhlas dan sungguh-sungguh berjuang dalam industri “Arja Lee” setiap kali nama itu dihantar ke atas.

“Apa salah dan dosa dia?

Come on, jadilah profesional dan fikir sudut-sudut yang lain sebelum membuat keputusan. 

This is too much seriously!” tulis Arja Lee.

Pelakon filem … Dalam Botol itu juga memberikan bayangan untuk meneruskan kerjaya seninya di luar negara jika situasi itu terus berlarutan.

“Jangan tanya ke mana dia hilang dan mencipta nama di negara orang lain. Saya akan lalukannya untuk masa depan dan cita-cita saya!” tegas Arja.

Status itu mendapat perhatian daripada peminat termasuk penggiat seni Mak Yong, Rosnan Rahman yang menasihatinya untuk terus bersabar.

“Bertabahlah ye dik… Kuatkan azam dan semangat. Mungkin rezeki awak di luar Malaysia.

“Selepas mencipta nama di luar barulah stesen TV nampak,” komen Rosnan.

Arja mula aktif dalam bidang lakonan sejak tahun 2010 dan aktif dalam pementasan teater antaranya Puteri Gunung Ledang, Mahsuri dan Kaki Blues.

Teks oleh: Amri Hassan

Loading...

Leave a Reply