“Ramai yang DM marah-marah, rileks okay” – Respon Lufya dikecam netizen kerana langgar pantang

Ramai Yang DM Marah-Marah, Rileks Okay – Respon Lufya Ditegur Langgar Pantang

Pelakon Lufya Omar terpaksa menutup ruangan komen salah satu foto di akaun Instagramnya akibat dikecam netizen kerana melanggar pantang.

Selain kecaman, mereka juga menegur Lufya menjaga kesihatan dengan sambil lewa kerana mengabaikan proses berpantang.

Kecaman bermula apabila kapsyen menerusi salah satu foto yang dimuat naik Lufya pada Rabu menggambarkan dirinya bosan menghabiskan masa dirumah.

“Dah tak boleh tahan duduk rumah lama-lama. Ponteng berpantang kejap pergi jalan cari barang baby,” tulisnya.

Bagaimanapun foto tersebut mendpaat pelbagai reaksi negatif yang berpendapat aktres itu sepatutnya berehat di rumah kerana baru sahaja melahirkan anak pada 11 November lalu.

Bagaimanapun, Lufya yang mengetahui tentang perkara tersebut kemudiannya tampil memberikan penjelasan menerusi entri terbaru di Instagramnya semalam.

“Chill..chill.. Tq for ur concern dearest followers. Pasni Fya tak keluar pegi mana-mana lagi ya. I duduk je kat umah sampai habis pantang 44 hari! Kak Linda @norman2703 dan Ti jaga Fya dengan baik.

“Risau beno. Ramai yang Dm marah marah ni. Fya tau marah dan teguran tu tanda sayang tapi releks okay takut mommies nanti yang naik darah tinggi. Jangan marah k. Goodnite,” jelasnya.

Lufya dan Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 27, telah berkahwin pada 26 November tahun lalu di Laman Cinta Nirwana, Ampang Hilir, Selangor selepas hampir setahun lebih mengenali satu sama lain.

Foto: IG @lufyaluvya

Sumber: Astro Gempak

Loading...

Leave a Reply