Fattah dan Fazura akhirnya mengaku telah selamat bertunang

'Saya dan Fazura selamat bertunang 13 Nov lalu'

PASANGAN selebriti sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya mengaku telah selamat mengikat tali pertunangan pada 13 November.

Mendedahkan perkara itu dalam sidang media khas selepas kedua pasangan itu menunaikan umrah bersama ahli keluarga, Fattah berkata, keluarganya telah menghantar rombongan merisik seterusnya mengikat tali pertunangan pada hari sama.

Katanya pada tarikh berkenaan kedua-dua keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis merisik sekaligus majlis pertunangan.

“Alasan kami sepakat untuk berkongsi tarikh keramat itu selepas kami balik tunai umrah dan kami rasa nak fokus ibadah umrah,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya , beliau dan Fazura masih belum bernikah sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini.

AKAN MENYUSUL.

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply