“Si ibu baru bersalin guna bayi dan anak minta sedekah” – Murid 11 tahun positif dadah, terikut-ikut dengan ibu bapanya yang juga penagih

MURID tahun lima sebuah sekolah rendah didapati positif syabu selepas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Setar melakukan ujian saringan awal terhadapnya di Kampung Kuala Sala, Alor Setar, hari ini.

Kanak-kanak lelaki itu dipercayai terikut ibu bapanya yang juga penagih dadah.

"Si ibu baru bersalin guna bayi dan anak minta sedekah" - Murid 11 tahun positif dadah, terikut-ikut dengan ibu bapanya yang juga penagih

“Si ibu baru bersalin guna bayi dan anak minta sedekah” – Murid 11 tahun positif dadah, terikut-ikut dengan ibu bapanya yang juga penagih

Ibu bapanya berada di bawah pengawasan AADK selepas masing-masing keluar dari Pusat Rawatan dan Pemulihan.

Difahamkan, kanak-kanak itu kerap ponteng sekolah kerana tidak minat belajar malah ketika pemeriksaan pada 10 pagi hari ini, dia berada di rumah bersama tiga adik dan ibu bapanya.

Ikon AADK Kedah, Dr Zaki Zamani Abd Rashid berkata, beliau bersama AADK Kota Setar yang diketuai Ketua Unit Pencegahan AADK Kota Setar, Suria Azlina Shaari bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Klinik Kesihatan Simpang Empat dan klinik pakar perubatan keluarga ke rumah keluarga berkenaan untuk melihat keadaan mereka.

“Hasil pemeriksaan mendapati keadaan rumah agak menyedihkan malah anak-anak pasangan terbabit juga tidak terurus.

“Si isteri berusia 33 tahun baru sebulan bersalin tetapi kita menerima maklumat yang dia turut menggunakan bayi lelaki itu bersama seorang lagi anaknya yang berusia empat tahun untuk meminta sedekah di hadapan sebuah bank di Simpang Empat.

“Saya difahamkan, wang hasil sedekah itu dipercayai digunakan untuk membeli dadah disebabkan bapanya berusia 45 tahun tidak bekerja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr Zaki berkata, pasangan itu mempunyai lapan anak tetapi hanya empat tinggal dengan mereka manakala yang lain membawa haluan masing-masing termasuk ada yang sudah berkahwin.

“Kita mahu selamatkan anak pasangan itu yang berada dalam jagaan mereka kerana anak kelima sudah menunjukkan kesan mengambil dadah. Dia baru berusia 11 tahun.

“Kita bimbang kesan terhadap semua anak pasangan itu dan disebabkan itu kita membawa keempat-empat anak pasangan itu ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) tengah hari tadi untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Lebih menyedihkan apabila kita dapati bayi lelaki yang baru berusia 30 hari dalam keadaan lemah,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini, keluarga itu pernah menerima bantuan daripada pihak JKM termasuk membaiki kediaman dan pelbagai bantuan lain namun mereka menjual barangan dalam rumah itu untuk mendapatkan wang.

“Kita mahu membantu menyelamatkan anak-anak pasangan terbabit daripada terjerumus dalam najis dadah dan dijadikan peminta sedekah.

“Sepatutnya mereka mendapat didikan yang sempurna namun disebabkan hidup dalam keluarga yang terumbang-ambing, mereka hidup dalam keadaan yang tidak sepatutnya,” katanya.

Sumber: Metro

Loading...

Latest Comments

  1. Thenewsia November 22, 2017

Leave a Reply