“Masuk GV pun tak bincang. Tahu-tahu nak buat solo. Janganlah buat kami macam tunggul” – Rody Kristal dedah Lan membelakangkan kumpulan

MALAM tadi, Rody yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Kristal telah membuat pengumuman di Instagramnya untuk mencari penyanyi baru bagi merehatkan penyanyi asal kumpulan tersebut, Lan yang kini sedang berjuang dalam program Gegar Vaganza (GV).

Menurut Rody, memang benar status tersebut ditulis olehnya setelah mendapat khidmat nasihat daripada orang-orang lama.

 “Kami akan buat auditions mencari penyanyi baru.  Insya-ALLAH pengumuman akan dibuat. Semoga Lan berjaya dengan hajatnya nak jadi penyanyi solo.

'Masuk GV pun tak bincang'

“Takkan nak biarkan Kristal diam tanpa penyanyi dan kami nanti tak ada show pula,” katanya.

"Masuk GV pun tak bincang. Tahu-tahu nak buat solo. Janganlah buat kami macam tunggul" - Rody Kristal dedah Lan membelakangkan kumpulan

“Masuk GV pun tak bincang. Tahu-tahu nak buat solo. Janganlah buat kami macam tunggul” – Rody Kristal dedah Lan membelakangkan kumpulan

Tambah Rody, tentang tarikh dan lokasi auditions akan diberitahu kemudian.

“Kami akan bersidang dulu dengan pengasas/pengurus Kristal Pak Din. Mungkin juga akan jumpa Awie,” jelas Rody kepada Sinar Harian.

Rody memberitahu bahawa mereka perlu mencari penyanyi baru kerana ada peminat yang menganggap kumpula Kristal sudah tak ada setelah melihat Lan muncul solo di GV.  

“Sebenarnya senang je, satu band perlu berbincang. Masuk GV pun tak bincang.  Tahu-tahu nak buat solo. Janganlah buat kami macam tunggul.

“Ada kawan-kawan beritahu sebelum ni Lan record solo tapi malas percaya, sekali betul.  Dia nak try benda baru, kita kena try benda baru juga la.

“Kalau rezeki die dalam solo, kita tak ada masalah.  Cuma kena cari penyanyi barulah.  Faham-faham je la nanti show nak kena ada penyanyi.  Kalau tak maka terkontang-kanting kami,” luah Rody lagi.

 Ditanya bagaimana pendirian Kristal jika Lan masih terus menggunakan nama Lan Kristal, boleh atau tidak?

“Kalau dia dah kuat rasanya pakai Lan GV pun orang kenal,” ujar Rody.

 
Sumber: Sinar
Loading...

Leave a Reply