Isu hutang, Shahir didakwa berdiam diri kerana sedang bincang dengan peguam

Nama Shahir AF sekali lagi sepi selepas beberapa kontroversi mengenai dirinya yang lari dari bayar hutang mula menjadi perhatian ramai.  Sehingga hari ini ramai yang tertanya mengapakah Shahir berdiam diri sedangkan hutangnya masih belum selesai?

Isu hutang, Shahir didakwa berdiam diri kerana sedang bincang dengan peguam

Isu hutang, Shahir didakwa berdiam diri kerana sedang bincang dengan peguam

Menurut ruangan Mary Jane di akhbar Utusan Mingguan, ada rakannya memberitahu Shahir bukan tidak mahu menjelaskan perkara sebenar tetapi sedang berbincang dengan peguamnya  mengenai isu hutang tersebut.

Ada teman Mary beritahu, kononnya bukan Shahir tak mahu jelaskan keadaan. Tapi dia kini sedang berbincang dengan pihak peguamnya apa kenyataan yang terbaik mampu diberikan kepada semua pihak.  Oh, ya ke begitu? Entahlah! Mary rasa macam lama benar Shahir nak berbincang tu. Sudahnya, tak ke mana pun, semua cerita kekal terbiar tanpa penyelesaian yang baik.

Pada pendapat kami, jika Shahir memang benar mempunyai jumlah hutang yang banyak, lebih baik berterus-terang sahaja dan tidak lari bila ada masalah.

Via: Beautifulnara

Loading...

Leave a Reply