Netizen pertikai Neelofa hadir ‘Fashion Show’ Victoria’s Secret: “Dah, nanti Istighfar banyak-banyak”

Tidak senang untuk mendapat undangan ke acara bertaraf antarabangsa. Sama ada korang ada rangkaian kenalan yang luas, duit berkepuk-kepuk dan berpengaruh atau korang betul-betul mempunyai pencapaian membanggakan serta luarbiasa.

Bagi Neelofa, sebab terakhir mungkin menjadi sebab dia dijemput ke pertunjukan fesyen jenama pakaian dalam antarabangsa, Victoria’s Secret di Shanghai, China, tempoh hari. Namun, kehadirannya sebagai duta Oppo ke pertunjukan itu mengundang pertikaian netizen yang menganggap si cantik manis itu tidak wajar menghadirinya. Eh, kenapa pula?

Tak sesuai untuk Muslimah berhijab hadiri acara sebegini

Neelofa ada berkongsi keterujaannya menonton pertunjukan fesyen popular itu di depan mata. Namun ada pengikutnya berpendapat Neelofa tidak patut menghadiri acara sebegitu memandangkan dia merupakan seorang Muslim bertudung yang seolah mempromosikan acara itu tanpa secara tak langsung.

I’m so sad for you

Matlamat tak menghalalkan cara

Dah sudah nanti boleh istighfar banyak-banyak

Pergi sekadar fashion show bukan join model

Namun, ada yang berpendapat tidak salah Lofa menghadiri acara berkenaan, iyalah sudah menggalas tanggungjawab sebagai duta, mestilah turuti rangka promosi yang diaturkan oleh pihak Oppo. Malahan Lofa sendiri pergi membawa nama Malaysia siap berhijab lagi walaupun hadirin kebanyakannya cukup seksi dengan persalinan masing-masing.

Sumber: Oh Bulan

Loading...
Tags:

Leave a Reply