Malu isteri cari duit kerana dirinya tidak bekerja, suami simbah asid ke muka isteri sampai buta

HANYA kerana mendapat pekerjaan seorang wanita di India, kini kritikal dan terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan selepas disimbah asid oleh suaminya, dua minggu lalu.

Suaminya, Roobab Ali Sheikh, enggan terus bekerja sebagai pemandu beca bermotor, menyebabkan mereka tiada wang untuk menyara dua anak.

Zakira kemudian belajar membuat sabun dan menjualnya ke kedai-kedai berhampiran rumah.

Menurut India Times, si suami marah kerana menganggap Zakira menghina dan menjatuhkan maruahnya.

Pada 3 November lalu, selepas mengunci semua pintu rumah agar tiada siapa dapat membantu, Roobab menyimbah asid ke muka isterinya.

“Saya menjerit kesakitan. Selepas 10 minit baru abang saya dapat masuk untuk membantu. Namun kesakitan terasa tidak tertanggung,” kata Zakitra.

Serangan itu menyebabkan sebelah mata Zakira yang kini dirawat di sebuah hospital di Mumbai, kini buta manakala satu lagi masih tidak boleh dibuka.

Satu tiub dimasukkan melalui tebukan pada lehernya bagi membolehkan dia terus bernafas.

Menurut Daily Mail, pertubuhan bukan kerajaan Make Love Not Scars, menubuhkan tabung bagi membiayai rawatannya, termasuk pembedahan yang dianggar berjumlah RM160,000.

Jurucakap NGO itu, Ria Sharma, berkata setakat ini pihaknya sudah mengumpulkan RM60,500 dan berharap dapat mengumpul selebihnya secepat mungkin.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply