Ada yang dakwa Izreen Azminda bercinta dengan ahli muzik berstatus suami orang?

Izreen Azminda Bercinta Dengan Ahli Muzik Berstatus Suami Orang?

Semenjak dua menjak ni, suka betul Miss K tengok laman Instagram milik pelakon cantik, Izreen Azminda.Izreen seakan memberikan ‘hint’ yang hatinya sedang berbunga bahagia.

Pertama, melihatkan entri-entri yang dimuat naik Izreen. Wah, seakan bagi klu tau..

Isi kandungan kapsyen bahagia berbunga.. Cakap pasal Imam lah, pasal pelindung cinta kitalah, good luck baby boy lah, will you marry me lah…

Adakah ini hanya sekadar kebetulan atau benar hati Izreen sudah terisi? Wah gitu!

Lepas tu, ada dua keping foto yang Miss K nampak sepertinya sudah kena crop… Walaupun kena crop, boleh nampak sebelah tu kelihatan macam ada seorang jejaka yang berada di samping Izreen. Kelihatan manja-manja gitu.

Ada yang dakwa Izreen Azminda bercinta dengan ahli muzik berstatus suami orang?

Ada yang dakwa Izreen Azminda bercinta dengan ahli muzik berstatus suami orang?

Ha, terbaru, Miss K tengok gambar terbaru yang dimuat naik oleh Izreen. Gitu, foto tangan perempuan dan lelaki yang memakai bracelet sama bentuk. Wah, tangan siapa tu Izreen? Tangan Izreen dengan boyfriend ke?

Tapi sebelum ni, Miss K ada dengar cerita yang Izreen sedang menjalinkan hubungan dengan ahli muzik. Dengar cerita, ahli muzik tu berstatus suami orang, eh, betul ke?

Miss K tak percaya sangat khabar angin tu, lebih baik tanya kat Izreen sendiri kan?

Jika benar hati Izreen sedang bahagia, tahniah Miss K ucapkan. Tak sabar nak tunggu berita gembira yang keluar dari mulut Izreen sendiri.

Jika tidak benar, Miss K minta maaf ya. Maknanya Miss K salah tafsir gambar dan kapsyen Izreen la.. Kalau bukan, Miss K doakan Izreen segera bertemu lelaki baik yang boleh menjaga Izreen dan anak.

Miss K: Wah, baru perasan, nama Instagram Izreen pun letak ‘title’ Madam tau… Wah, selalunya ‘title’ Madam ni untuk orang yang sudah berkahwin… Hihihi… Dah dekat ke tarikhnya tu?

Loading...

Leave a Reply