“Kereta Rolls-Royce RM1 juta itu bukan hadiah perkahwinan saya” – Adib Khalid

BEBERAPA hari lalu, tular berita mengatakan pasangan merpati dua sejoli, Izara Aishah dan Adib Khalid mendapat kereta Rolls-Royce sebagai hadiah perkahwinan mereka.

"Kereta Rolls-Royce RM1 juta itu bukan hadiah perkahwinan saya" - Adib Khalid

“Kereta Rolls-Royce RM1 juta itu bukan hadiah perkahwinan saya” – Adib Khalid

Namun, Adib yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios & Tune Music menafikan kenyataan tersebut.

Menurutnya, kereta jenis model Phantom yang berharga kira-kira RM1 juta itu hanya dipinjam untuk pengambaran program Walimatulurus mereka yang diterbitkan pihak Astro.

Bukanlah hadiah perkahwinan yang diberikan abangnya sempena perkahwinan mereka yang digembar-gemburkan sebelum ini.

“Saya nak perbetulkan di sini, ia bukan hadiah seperti diberitakan. Selepas selesai majlis, ia akan dipulangkan dan akan dijual kerana dipinjam sementara dari syarikat kereta yang diuruskan abang saya, Anas,” katanya dipetik Harian Metro.

Sebelum ini, video yang berdurasi 45 saat tular di media sosial dan dikatakan abang Adib iaitu Anas Khalid telah menghadiahkan kereta mewah tersebut sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Menurut anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza ini lagi, dia terkejut dengan persoalan yang diterima mengenai kereta tersebut.

Dalam pada itu, Adib akui dia gemuruh dan berdebar untuk memulakan fasa kehidupan baharunya itu.

“Saya dah mula berdebar tapi harap semuanya baik-baik saja. Doakan kami,” ujarnya.

Adib dan Izara bakal disatukan hari ini dan majlis resepsinya akan diadakan pada Ahad ini.

Tahniah dan selamat pengantin baharu!

Sumber: MYNEWSHUB.CC/SA

Loading...

Leave a Reply