Harga minyak dunia sudah empat hari berturut-turut jatuh

NEW YORK: Harga minyak jatuh untuk empat sesi dagangan selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) melaporkan peningkatan tidak dijangka dalam simpanan minyak mentah dan gasolin.

Harga minyak dunia sudah empat hari berturut-turut jatuh

Harga minyak dunia sudah empat hari berturut-turut jatuh

Harga kekal menerima tekanan daripada tinjauan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) minggu ini yang membayangkan pertumbuhan lebih perlahan dalam permintaan minyak mentah global.

West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$55.42 satu tong, turun 32 cent, setakat 1819 GMT.

Penanda aras minyak mentah global Brent turun 19 cent pada AS$62.02 satu tong, selepas jatuh 1.5 peratus pada Selasa, kejatuhan satu hari terbesar dalam sebulan.

Pengeluaran minyak mentah AS melonjak lebih 14 peratus sejak pertengahan 2016 kepada 9.65 juta tong sehari dan ia dijangka bertambah.

IEA berkata, pengeluaran bukan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dijangka meningkat 1.4 juta tong sehari pada 2018.

OPEC akan bermesyuarat 30 November ini dan dijangka bersetuju melanjutkan pemotongan pengeluaran yang dipersetujui sebelum ini. – Reuters

Via: BH

Loading...

Leave a Reply