Model runsing, tertekan hilang ramai kawan kerana dirinya terlalu cantik

SEORANG model kecergasan mendakwa rahang pipinya dan badan berotot menjadi punca dia kini tidak mempunyai ramai kawan.

Jane Curnow, 51, percaya ramai wanita yang cemburu dan marah dengan penampilan dirinya sejak perkahwinannya yang kedua berakhir.

Wanita dari Australia itu berkata dia telah hilang ramai sahabat gara-gara susuk tubuhnya yang menawan walaupun telah berumur, menyebabkan dia selalu menyalahkan diri sendiri.

Dia berkata: “Saya sering mendapat komen dan jadi perhatian ramai lelaki.

“Tetapi rakan yang bergelar sahabat menjauhkan diri daripada saya di bar kerana saya lebih mendapat perhatian.

“Wanita sentiasa cemburu dengan saya, tetapi pada masa itu, saya tidak menyalahkan penampilan saya yang membuatkan mereka rasa tak puas hati.”

 

Ahli bina badan itu pernah didiagnosis menghidap kemurungan pada usia 32 tahun.

Kemudian pada usia 40 tahun, dia yang masih sendirian dan tidak mempunyai anak percaya kehidupannya sudah berakhir.

Sehinggalah dia sembuh dan kemudian menyedari betapa penampilannya memberi kesan terhadap pemikirannya.

Bercakap dengan News.co.au, model berambut perang itu berkata: “Saya menyedari kekuatan penampilan saya, tetapi perasaan daripada apa yang telah terhasil bukanlah kebanggaan atau kebahagiaan tetapi satu tekanan yang luar biasa.

“Saya bertanya kepada diri sendiri, jika betul penampilan saya menarik macam yang diperkatakan semua orang, mengapa saya tidak begitu gembira? Kenapa saya tidak hidup terus hidup gembira?”

Pakar psikologi kesihatan dan kecergasan Marny Lishman berkata: “Wanita yang berpenampilan menarik mungkin akan didiskriminasi dan tidak dihormati di tempat kerja.

“Mereka mungkin tidak akan dianggap serius atau menerima pengiktirafan yang selayaknya.

“Mereka juga mungkin kesepian kerana adakalanya rakan-rakan mungkin cemburu.”

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply