Fattah dan Fazura berangkat tunaikan Umrah, minta peminat doakan urusan dipermudahkan

Fattah, Fazura Berangkat Menunaikan Umrah, Minta Peminat Doakan Urusan Dipermudahkan

Semalam, khabar angin mengenai pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura melangsungkan pertunangan bertebaran di media sosial.Ada juga spekulasi yang mengatakan pasangan ini melangsungkan pernikahan di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya, malam tadi.

Bagaimanapun menerusi sebuah kenyataan hari ini, pihak pengurusan Fazura mengumumkan pelakon cantik tersebut sudah pun berangkat ke tanah suci Mekah, pukul 12.30 tengahari tadi.

“Dengan izin dari Yang Maha Esa, Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan.

“Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan-rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan selancar-lancarnya. InsyaAllah.

“Berikutan susulan dari perkara ini, pihak Fattah Amin & Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November 2017. Lokasi & masa sidang media ini akan kami kongsikan di waktu terdekat ini.

“Terima kasih atas doa-doa kalian dan insyaAllah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur,” -Fattah Amin & Fazura”

Sekian, Terima Kasih.

B/p:
Fattah Amin & Nur Fazura
#DoaYangBaikBaik #FikirYangBaikBaik

Sumber: Astro Gempak

Loading...

Leave a Reply