“Jangan panggil saya ‘bimbo’. Saya memang marah, lepas ni saya tak mahu lagi ambil karakter sebegitu” – Sharifah Sakinah

SEBUT sahaja nama Sharifah Sakinah sudah tentu ramai yang mengenali siapakah gerangan wajah yang memiliki nama ini kan?

“Jangan panggil saya ‘bimbo’. Saya memang marah, lepas ni saya tak mahu lagi ambil karakter sebegitu" - Sharifah Sakinah

“Jangan panggil saya ‘bimbo’. Saya memang marah, lepas ni saya tak mahu lagi ambil karakter sebegitu” – Sharifah Sakinah

Tambahan pula dengan perangainya yang gila-gila dan comel menerusi watak Lydia dalam drama rantaian popular, Girlfriend Dari Neraka dilihat berjaya mencuri banyak hati serta perhatian netizen.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar berharap agar dirinya tidak dilabel sebagai ‘bimbo’ hanya kerana melakonkan watak huru-hara dalam drama berkenaan.

Tambahnya lagi, meskipun Sakinah terkenal dengan sikap bersahaja namun dia menegaskan watak dalam drama arahan Dira Abu Zahar itu hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

“Jangan panggil saya ‘bimbo’. Saya memang marah sangat jika ada peminat yang melabelkan saya sedemikian.

“Fungsi saya dalam dunia hiburan ini bukan ‘bimbo’ semata-mata. Selepas ini saya tidak mahu lagi mengambil karakter sebegitu” katanya dipetik sebuah portal online.

Memetik beberapa sumber, Mynewshub difahamkan bimbo merupakan perkataan slanga bahasa Inggeris yang bermaksud perempuan cantik tetapi kurang daya pemikiran.

Dalam erti kata lain, perkataan bimbo juga membawa maksud kiasan yang sinonim dengan ‘dumb blood’ dan ‘valley girl’.

Dalam perkembangan lain, Sakinah kini dikatakan sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaru berjudul Suamiku Mat Piun. 

Sumber: MYNEWSHUB.CC/AM

 

Loading...

Leave a Reply