Wanita cuba bercoli kantoi ‘kebas’ duit pemandu Uber

SEORANG wanita yang ‘kantoi’ mencuri wang upah seorang pemandu Uber mendakwa dia ‘hanya ambil lima dolar’.

Tindakan Gabrielle Canales, 18,  itu dapat dilihat melalui rakaman video yang menunjukkan dia memasukkan tangannya ke dalam sebuah balang di antara tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan ketika menaiki Uber bersama dua rakannya di New York.

Dia yang hanya memakai coli ketika itu mungkin berfikir perbuatan liciknya itu tidak disedari Mohammed H. Bhuiyan, tetapi dia silap kerana setiap pergerakannya dirakamkan.

Rakaman menunjukkan ketiga-tiga mereka berbual antara satu sama lain secara senyap di tempat duduk belakang kereta.

Ketika kereta yang dinaiki berhenti, Canales, yang sedang duduk di bahagian tengah, segera menyeluk tangannya ke dalam balang tersebut dan mengambil wang kertas yang ada sebelum bergegas keluar dari kereta.

Menyedari situasi kecoh di tempat duduk penumpang,  Mohammed menoleh ke belakang dan mendapati semua wangnya di dalam balang telah lesap.

Video itu yang dimuat naik pada Ogos menjadi tular sejak minggu lepas.

Sekarang, Canales dikenal pasti sebagai wanita yang terbabit dalam kes itu.

Dia yang memuat naik posting di akaun Instagramnya, bagaimanapun tidak menunjukkan rasa bersalah sambil menyatakan dia hanya mengambil lima dolar dari balang tersebut.

Malah dia kemudiannya mendakwa telah memulangkan wang itu kepadanya pemandu berkenaan.

Akaun Instagramnya telah dipadam dan dia telah diharamkan daripada menggunakan aplikasi tersebut.

Mohammed berkata dia telah dinasihatkan oleh Uber untuk membuat laporan polis.

Jurucakap Uber memberitahu Metro.co.uk: “Apa yang ditunjukkan itu tidak dapat diterima dalam aplikasi kami dan dia sudah tiada akses ke aplikasi ini.” -metroUK

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply