Arab Saudi pecat menteri, putera raja kerana rasuah

RIYADH – ARAB SAUDI . Kerajaan Arab Saudi memecat beberapa menteri kanan dan menahan hampir 12 putera dalam satu siasatan oleh jawatankuasa anti rasuah baharu.

Arab Saudi pecat menteri, putera raja kerana rasuah

Arab Saudi pecat menteri, putera raja kerana rasuah

Pemilik syarikat pelaburan Kingdom Holding, Putera Alwaleed Talal merupakan antara yang ditahan oleh jawatankuasa terbabit bagi membantu siasatan.

Menteri-menteri kanan yang dipecat termasuk Ketua Pengawal Kebangsaan, Putera Meteb Abdullah, dan Menteri Ekonomi, Adel Fakeih.

Turut dipecat termasuk Komander Tentera Laut Saudi, Abdullah al-Sultan dan digantikan oleh Fahad al-Ghafli.

Bagaimanapun, tiada penjelasan rasmi diberikan untuk pemecatan kesemua yang terlibat.

Sementara itu, agensi berita rasmi, Saudi SPA melaporkan sebuah jawatankuasa anti rasuah telah diwujudkan oleh  kerajaan.

Menurut al-Arabiya, jawatankuasa baharu, yang diketuai oleh Putera Mahkota Mohammed Salman, telah bertanggungjawab terhadap beberapa pembaharuan baharu antara dalam dan luar negara sejak beliau menjadi putera mahkota kerajaan Saudi.

Sumber: Sinar

 
Loading...

Leave a Reply