Selfie di kubur bapa ditegur netizen, ini jawapan ‘win’ Iqram Dinzly: “Bagaimana dengan tuan hamba yang hidop namun masih bogel berselfie, maaf maksud hamba aurat tuan hamba”

Gara-gara memuat naik foto “selfie” di pusara bapanya yang baru sahaja meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar dan beberapa komplikasi lain, pelakon Iqram Dinzly mengundang pelbagai kritikan daripada netizen.

Menerusi foto yang dimuat naik olehnya di Instagram, Iqram tersenyum di sebelah pusara tersebut dan kelihatan buku Yassin di samping batu nisan. Netizen berpendapat perbuatan Iqram untuk “selfie” di tanah perkuburan adalah tidak sopan.

Walaubagaimanapun, Iqram tetap mempertahankan dirinya dan mengatakan tindakan beliau itu tiada salahnya di sisi agama Islam.

“Selfie” di pusara ataupun kawasan perkuburan isu yang agak sensitif. Tidak semua perkara kita boleh kongsi di laman sosial kerana ia akan mengundang kritikan. Mungkin Iqram patut berfikir dahulu sebelum memuat naik foto tersebut agar tidak mencetuskan salah faham.

 

Sumber: Beautifulnara

Loading...

Leave a Reply