Lelaki menderita 14 jam, kemaluan tersekat pada muncung botol air mineral ketika dimasukkan isterinya

Seorang lelaki menderita hampir 14 jam, apabila kemaluannya tersekat pada muncung botol air mineral yang digunakan untuk membuang air kecil di rumahnya di sini, malam tadi.

Derita lelaki berusia 29 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) itu, bermula sejak jam 10.30 malam tadi, apabila isterinya memasukkan kemaluan mangsa pada muncung botol terbabit bagi membantu suaminya membuang air kecil.

Bagaimanapun, selesai membuang air kecil, lelaki terbabit berdepan masalah mengeluarkan kemaluannya yang tersekat pada muncung botol yang digunakan.

Selepas pelbagai usaha dilakukan pasangan terbabit di rumah mereka gagal, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk mendapatkan bantuan.

Bahagian hujung botol air mineral yang dipotong selepas kemaluan seorang lelaki tersekat padanya. – Foto ihsan bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan khas pasukan itu daripada pengurusan HT pada jam 11.27 pagi ini bagi membantu mengeluarkan kemaluan mangsa.

Beliau berkata, anggotanya berkejar ke hospital terbabit dengan membawa peralatan khas bagi membantu memotong muncung botol berkenaan.

“Difahamkan, lelaki itu hanya datang mendapatkan bantuan selepas segala usaha dibuat di rumahnya gagal.

“Operasi bantuan khas ini selesai kira-kira 12 tengah hari,” katanya.

Sumber: BH Online

Loading...

Leave a Reply