“Air mata saya ikhlas, bukan dibuat-buat. Nyanyian itu terang-terang untuk ibu saya, bukan untuk Erra mahupun Mona” – Shahir

Air Mata Saya Ikhlas, Bukan Drama- Shahir

Finalis AF Megastar, Shahir, menafikan sengaja berdrama atau mengundang simpati penonton apabila mengalirkan air mata ketika menyanyikan single terbaharu berjudul ‘Mama Jangan Pergi’di pentas akhir program realiti tersebut pada malam Ahad.

Shahir berkata, sepanjang menyanyikan lagu tersebut dia cuba mengawal perasaan untuk tidak menangis namun gagal menyekat air matanya daripada tumpah di hujung persembahan.

“Saya agak sensitif apabila bercakap soal ibu dan rasanya semua orang pun begitu. Sebenarnya dari peringkat awal saya dah mula rasa sebak tapi saya tahan kerana takut mengganggu persembahan.

“Tapi ketika selesai persembahan saya dah tak boleh nak control. Kalau ada yang kata saya sengaja berdrama…sebenarnya saya pernah berlakon dan perkara yang paling susah saya nak buat ialah babak air mata.

“Saya pernah jalani penggambaran dan pengarah terpaksa tunggu lama untuk dapatkan babak saya menitiskan air mata. Jadi, kalau saya menitiskan air mata ia ikhlas dan bukanlah dibuat-buat,” katanya.

Ketika ditanya tentang komen netizen yang mempersoalkan sama ada air matanya tumpah kerana ibu, Erra Fazira atau Mona, Shahir ada penjelasan tersendiri.

“Nyanyian itu terang-terang untuk ibu saya, bukan untuk Erra mahupun Mona. Dalam sedutan video yang dipaparkan sebelum persembahan tadi pun saya ada sebut, lagu ini saya cipta khas untuk ibu saya dan ibu-ibu di luar sana,” ujarnya.

Bercakap mengenai kenyataannya untuk menarik diri daripada konsert tersebut baru-baru ini, juara AF musim kelapan ini mengakui keadaan memaksanya berbuat demikian ketika itu.

“Apa yang membuatkan saya terfikir untuk menarik diri ialah saya ingin buktikan kepada semua orang yang saya tidak mengejar dunia, populariti atau kemasyhuran malah saya tidak kisah masuk final ataupun tidak.

“Apatah lagi bila ada yang kata saya lupa diri selepas kembali membina nama di AF Megastar, ia sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan tersebut. Sebab itu saya lebih reda menjadi orang biasa daripada orang kata saya berubah disebabkan sesuatu perkara.

“Tapi memikirkan tentang tanggungjawab dan pihak produksi juga meminta saya untuk meneruskan perjalanan di pentas AF Megastar, saya lakukan kerana tidak mahu susahkan pihak lain,” katanya.

Loading...
Tags:

Leave a Reply