“Tak perlu selalu tayang suami di IG, nanti orang bosan” – Juliana Evans

"Tak perlu selalu tayang suami di IG, nanti orang bosan" - Juliana Evans

“Tak perlu selalu tayang suami di IG, nanti orang bosan” – Juliana Evans

Pelakon drama mini bersiri online Mata Cinta, Juliana Evans akui jarang mendedahkan kehidupan peribadi menerusi akaun Instagram (IG)nya.
 
Menurut Jue atau Che Puan Juliana Evans, dia lebih selesa untuk berkongsi mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kerjayanya.
 
“Saya tak rasa perlu untuk saya terlalu mendedahkan tentang kehidupan peribadi bersama suami di media sosial.
 
“Kalau setakat satu dua posting bagi saya itu sudah memadai, terlalu kerap pun nanti orang bosan juga.
 
“Sejak dari dulu lagi saya memang agak kurang untuk dedahkan hal peribadi di IG.
 
“Jadi saya rasa lebih selesa untuk lakukan ‘update’ hal-hal yang berkaitan dengan kerjaya.
 
“Saya menghargai peminat saya dan foto-foto yang saya muat naik itu semuanya sebagai satu ‘update’ untuk mereka yang ingin mengetahui perkembangan saya,” katanya kepada Gempak.
 
Juliana telah diijabkabulkan dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj yang juga kerabat diraja Johor dan Selangor dalam sebuah majlis tertutup pada 30 April lalu.
 
Dalam perkembangan lain, Jue bakal muncul sebagai hos untuk program Mahligai Cinta yang akan bersiaran pada tahun depan.
 
Selain Jue, Mata Cinta juga turut dibintangi oleh Julien Buteau, Syamim Farid, Aush Abdul, Sasha Saiden dan Dynas Mokhtar.
 
 
Sinopsis:
 
Mengisahkan tentang Matahari (Julian Evans) yang pulang bercuti dari England untuk menghabiskan cuti semesternya dengan menolong kakaknya, Cahaya (Sasha Saidin) menguruskan perniagaan salun rambut.
 
Detik perkenalan bersama jurujual kacak bernama Anaqi (Julien Buteau) bermula selepas mereka bertemu sewaktu Matahari membeli barang di Watsons.
 
Bagaimanapun, hubungan mereka diganggu oleh Ejay (Syamim Farid) yang turut jatuh hati dengan Anaqi.
 
Maka bermulalah pelbagai kisah lucu dan jalan cerita yang menarik berlaku antara Matahari, Anaqi dan Ejay.
 
Foto: Instagram @julianaevans
 
Teks oleh: Mya Amri
Loading...

Leave a Reply