“Saya bukan pelakon yang jual muka” – Zul Ariffin sedia dikecam kerana tampil tidak berbaju

"Saya bukan pelakon yang jual muka" - Zul Ariffin sedia dikecam kerana tampil tidak berbaju

“Saya bukan pelakon yang jual muka” – Zul Ariffin sedia dikecam kerana tampil tidak berbaju

Pelakon Zul Ariffin mengakui bersedia dikritik apabila tampil tidak berbaju dalam filem terbaru lakonannya, Tombiruo.Menurut Zul, sebagai pelakon dia harus mempelbagaikan watak dalam lakonannya sebelum ini dan tidak hanya ‘jual muka’ untuk melariskan sesebuah naskah.

“Sebenarnya watak yang dibawakan oleh saya kali ini agak susah kerana saya bukan sahaja harus berlakon dengan memakai topeng malah perlu pakai rambut palsu.

“Tapi saya berpuas hati dengan hasil lakonan ini dan sekurang-kurangnya saya boleh beritahu orang yang saya bukan seorang pelakon yang hanya jual muka sahaja.

“Saya juga tahu, pasti ramai yang anggapan kononnya saya menayangkan tubuh sebagai pelaris filem tetapi bagi saya apa yang dilakukan ini hanya untuk menjayakan watak yang diberikan sahaja.

“Ini kali pertama saya berpenampilan seperti itu bagi keseluruhan filem dan saya juga sedia untuk menerima apa saja komen, sama ada daripada penonton mahupun pengikut novel ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Zul berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Malam Gala Filem Tombiruo, di MBO The Starling, Damansara, baru-baru ini.
Faye berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Malam Gala Filem Tombiruo, di MBO The Starling, Damansara, baru-baru ini.

Selain Zul, filem ini juga dilakonkan oleh Faye Kusyairi, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Datuk M.Nasir dan Dynas Mokhtar.

Tombiruo : Penunggu Rimba memaparkan kisah Ejim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah tidak seperti manusia.

Apabila satu insiden yang tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kemarahannya dan dendam. Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.

Loading...

Leave a Reply