Mona Syamimi tak nak Shahir, dah ada pemain bola – Ibu tunggal itu kini bercinta dengan pemain bola sepak Terengganu

BELUM pun reda isu mengaitkan penyanyi Shahir Zawawi dengan seorang pramugari iaitu Mona Syamimi Mohd Samsudin, timbul pula desas-desus mengenai status wanita itu yang didakwa seorang ibu tunggal.

 

 

Mona Syamimi tak nak Shahir, dah ada pemain bola – Ibu tunggal itu kini bercinta dengan pemain bola sepak Terengganu

Mona Syamimi tak nak Shahir, dah ada pemain bola – Ibu tunggal itu kini bercinta dengan pemain bola sepak Terengganu

 

Mona, 27, ketika dihubungi mengakui dakwaan bahawa dia pernah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata hasil daripada perkahwinan terdahulu.

“Ya benar saya berstatus ibu tunggal dan mempunyai dua anak.

“Saya pernah berkahwin pada tahun 2009 tapi hubungan itu tidak berpanjangan,” ujarnya kepada mStar Online, Jumaat.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan netizen bahawa dia sorang ibu tunggal dan kini sedang berkawan dengan seorang pemain bola sepak Terengganu.
Mona Syamimi tak nak Shahir, dah ada pemain bola – Ibu tunggal itu kini bercinta dengan pemain bola sepak Terengganu

Mona Syamimi tak nak Shahir, dah ada pemain bola – Ibu tunggal itu kini bercinta dengan pemain bola sepak Terengganu

Mona sudah tidak mahu Shahir.

Mona berkata, kenyataan yang diberikan kepada media bukan untuk menjatuhkan maruah mana-mana pihak sebaliknya mahu membersihkan nama dan maruahnya.

“Saya buat kenyataan itu adalah untuk mempertahankan diri saya. Saya juga akui perkara itu sedikit sebanyak menjejaskan hubungan saya dengan kekasih baharu iaitu Mohd Ridzuan.

“Saya sudah tidak mahu dengan Shahir dan kini berkawan dengan seorang pemain bola Terengganu. Mujur dia tahu tentang hubungan dengan Shahir dan memahami keadaan tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang dakwaan penyanyi Ewal yang dia pernah didekati oleh Mona, jelasnya, dia tidak mempunyai hasrat untuk menggoda penyanyi itu.

Katanya, dia mengenal Ewal dan Syamel sebelum mereka menyertai AF Megastar dan pernah keluar beramai-ramai.

“Saya kenal ramai artis bukan Shahir, Ewal dan Syamel sahaja. Tapi hubungan itu hanya kawan sahaja.

“Saya tidak pernah pun cuba mengurat Ewal kerana dia bukan taste saya,” ujarnya.

Tambah Mona dia turut berkawan baik dengan penyanyi Shiha Zikir dan El iaitu penyampai radio Hot Fm.

Sumber: Mstar
Loading...

Leave a Reply