Kebajikan penjawat awam keutamaan kerajaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, banyak inisiatif diperuntukkan bagi penjawat awam untuk Bajet 2018 nanti.

Beliau menulis perkara tersebut di laman Facebook miliknya.

“Sebagai tonggak utama dalam arus pembangunan negara, kebajikan dan keperluan penjawat awam sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

“Banyak yang telah dilaksanakan bawah #Bajet2017 bagi menggalakan penjawat awam memiliki rumah sendiri.

“Untuk inisiatif baru bagi tahun akan datang, ikuti ucapan Bajet 2018,” tulisnya.

Pembentangan Bajet 2018 akan dibentangkan pada 27 Oktober ini.

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply