Mempunyai 200K followers di Facebook, siapa sebenarnya Azlina Ina?

Mempunyai 200K followers di Facebook, siapa sebenarnya Azlina Ina?

Mempunyai 200K followers di Facebook, siapa sebenarnya Azlina Ina?

Bagi mereka yang minat memasak, nama Azlina Ina bukan lagi nama asing bagi mereka. Malah setiap hari ada yang ‘meroyan’ menunggu resepi terbaru perkongsian dari Azlina Ina.

Azlina Ina mula dikenali selepas gaya ‘sempoi’ nya dalam berkongsi resepi dengan para followers di facebooknya. Malah setiap resepi yang dikongsi telah diolah oleh Azlina sendiri untuk memudahkan lagi mereka di luar sana untuk mengikutinya.

Surirumah sepenuh masa yang berasal dari Klang, Selangor ini mula dikenali selepas sering kali berkongsi resepi kek dan kuih di facebook miliknya. Setiap kali beliau berkongsi resepi terbaru, pasti mendapat perkongsian dan komen yang tinggi membuktikan ramai pengikutnya setia menanti posting terbarunya.

bismillah asalamualaikum..muah2 syg2 cikgu semua..ok2 sbb ade ramai sgt xpaham cara taip je nak jugak gamba step by step…

Posted by Azlina Ina Fans on 10hb Oktober 2017

Asalamualaikum gemokning syg2 cikgu semua…ajomm la masuk kelas cikgu yg free lg bebas gst hehe..korg?? cume komen tq…

Posted by Azlina Ina Fans on 2hb Oktober 2017

Sedikit Biodata Azlina Ina

Nama: Azlina Sukardi
Nama Glamour: Azlina Ina
Pekerjaan: Suri Rumah
Umur: 30-an
Lokasi: Klang

Difahamkan juga, fanpage milik Azlina Ina juga telah mencapai 600k followers walaupun beliau bukanlah seorang selebriti atau artis.

Walaupun pernah dilabel ‘poyo’, Azlina Ina tetap dengan pendiriannya yang tersendiri dan terus berkongsi resepi dengan pengikutnya. Keteguhan dia dan kecekalannya dalam mencari kejayaan wajar dicontohi biarpun dicemuh setiap hari.

Biasalah, bila kita di atas pasti ada yang memerhati dan tidak puas hati. Yang penting teruskan kehadapan tanpa menoleh kebelakang. InsyaAllah kejayaan pasti menanti.

Semoga Azlina Ina terus maju dan berjaya!

Sumber: Amazingnara

 

Loading...

Leave a Reply