“Bertahun aku tahan perangai jahat ko yang berselindung di balik tudung labuh dan alim2 taik babi” – Maki wanita dalam Whatsapp, guru BM didenda di mahkamah

MELAKA, 17 Okt ― Mahkamah Majistret di sini mendenda seorang guru yang mengaku memaki seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp.

 

 

“Bertahun aku tahan perangai jahat ko yang berselindung di balik tudung labuh dan alim2 taik babi” - Maki wanita dalam Whatsapp, guru BM didenda di mahkamah

“Bertahun aku tahan perangai jahat ko yang berselindung di balik tudung labuh dan alim2 taik babi” – Maki wanita dalam Whatsapp, guru BM didenda di mahkamah

 

 

Majistret Mohd Firdaus Saleh mendenda RM100 selepas guru bahasa Melayu, Rosliza Ali, 48, mengaku bersalah atas pelakuannya pada 1 Mac lalu, lapor Kosmo!.

Mengikut pertuduhan, dia menghantar mesej mengaibkan iaitu “Bertahun aku tahan perangai jahat ko yang berselindung di balik tudung labuh dan alim2 taik babi”.

Perbuatan terhadap Hafnizan Baharol, 39, dilakukan tertuduh, ibu dengan tiga anak kira-kira jam 10.45 pagi di Jalan Taming Sari di sini. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 kerana menggunakan perkataan tidak sopan dan mengaibkan. Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.

 
Sumber: Malay Mail
Loading...

Leave a Reply