Penggemar mainan viral terbaru, squishy kurang kasih sayang?

FENOMENA permainan anti-stres fidget spinner beberapa bulan lalu bakal digantikan dengan permainan baru iaitu ‘squishy’ yang semakin diminati oleh bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa!

 

Penggemar mainan viral terbaru, squishy kurang kasih sayang?

Penggemar mainan viral terbaru, squishy kurang kasih sayang?

 

 

Seperti yang dicadangkan oleh namanya, squishy diambil daripada kata adjektif dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud ‘lembut’ dan ‘boleh dibenyekkan’.

Permainan ini dikatakan mampu memberikan penggemarnya kelegaan tatkala berasa tertekan dengan sesuatu. Caranya mudah: cuma picit dan lihat bagaimana squishy itu perlahan-lahan kembali ke bentuk asal.

Oleh kerana permintaan terhadap permainan ini semakin meningkat, peniaga cuba untuk mewujudkan persaingan dalam usaha menarik pelanggan dengan memperkenalkan squishy dalam pelbagai bentuk, warna dan bauan menyelerakan seperti strawberi, pic dan krim putar, seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah ini:

Namun, menurut satu kajian yang telah diterbitkan di dalam jurnal perubatan berbentuk pencegahan American Journal of Preventive Medicine yang mengkaji orang dewasa berumur 19-32 tahun, penyelidik mendapati sebenarnya kebergantungan kepada permainan yang lembut dan ‘sedap’ dipicit sebenarnya memberi petanda bahawa penggemarnya dahagakan kasih sayang!

Kajian itu mendapati keperluan untuk memegang dan memicit objek lembik berkait rapat dengan dapatan kajian ‘ibu kain, ibu dawai’ oleh pakar psikologi bernama Harry Harlow yang memerhatikan perbezaan antara kelakuan anak monyet yang diberikan patung kain berbentu monyet sebagai pengganti ibunya dengan anak monyet yang diberikan ‘ibu’ yang diperbuat daripada dawai.

Kajian Harlow itu mendapati bahawa anak monyet yang diberikan ‘ibu kain’ lebih ceria dan aktif, manakala yang menerima ‘ibu dawai’ pula menghadapi trauma dan anti-sosial.

Dapatan kajian Harlow itu sekaligus memecahkan ‘tradisi’ ibu bapa Amerika Syarikat pada tahun 1950-an dan 1960-an yang menganggap mereka harus menjauhkan diri daripada anak-anak mereka untuk mendidik manusia yang berdikari di zaman dewasanya.

Hasil kajian itu, Harlow membuktikan bahawa belaian dan sentuhan penuh kasih sayang kepada kanak-kanak menjadikan mereka lebih bijak mengawal emosi dan merangsang perkembangan otak.

Malah, kajian itu turut dibuktikan memalui pemerhatian terhadap kanak-kanak yatim piatu yang kematian ibu bapa mereka semasa kejatuhan Soviet Union pada tahun 1990-an dahulu, yang turut menunjukkan karakteristik yang agak kasar dan tidak mahu bergaul dengan orang luar akibat kurang sentuhan fizikal.

Oleh itu, kajian jurnal itu memutuskan bahawa squishy ini sememangnya memberikan ketenangan kepada mereka yang sebenarnya sedang dahagakan belaian kasih sayang.

Dalam pada itu, menurut seorang penyelidik daripada Universiti Amsterdam Sander Koole,”Sentuhan merupakan mekanisme yang amat luar biasa, sehinggakan manusia menggunakan objek tidak bernyawa untuk memenuhi ruang kosong di dalam diri mereka.

“Objek-objek ini memberikan validasi kepada mereka bahawa ‘kewujudan’ mereka memberi makna signifikan dan kehidupan mereka sebenarnya bermakna,” kata Koole kepada Association for Psychological Science.

Jadi kepada sesiapa yang tidur mesti perlu memeluk bantal busuk atau teddy bear tu, mungkinkah anda juga kurang disentuh? Ooops!

 

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

Loading...

Leave a Reply