“Tak tahu macam mana boleh kena” – Datuk Yusof Haslam dimasukkan ke hospital kerana muntah dan cirit-birit

PENERBIT dan pengarah popular, Datuk Yusof Haslam dimasukkan ke pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat muntah-muntah, sejak semalam.

 

"Tak tahu macam mana boleh kena" - Datuk Yusof Haslam dimasukkan ke hospital kerana muntah dan cirit-birit

“Tak tahu macam mana boleh kena” – Datuk Yusof Haslam dimasukkan ke hospital kerana muntah dan cirit-birit

 

 

Yusof ketika dihubungi Harian Metro, berkata dia keracunan makanan dan mengalami cirit-birit sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Saya pun tak tahu macam mana boleh terkena. Mungkin berpunca daripada makanan. Sebelum muntah-muntah, saya terkena cirit-birit. Disebabkan itu, saya ke hospital untuk mendapatkan ubat.

“Namun, keadaan masih sama. Semalam, dari pagi sampai tengah hari saya asyik muntah. Isteri dan anak menyarankan saya ke hospital sekali lagi.

“Selepas diperiksa, saya dimasukkan ke wad dan diminta berehat. Alhamdulillah, sekarang keadaan saya beransur baik,” katanya.

Yusof menjelaskan, dia dijangka dibenarkan keluar hospital petang ini.

Yusof juga berterima kasih kepada semua keluarga dan rakan yang datang menziarahi di hospital selain ucapan doa yang diterima.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply