Remaja dilacurkan ibu rupanya anak saudaranya sendiri! Tak jadi lakukan seks lepas sedar gadis itu anak saudaranya

MIRI: Seorang lelaki berusia 23 tahun yang ditahan berkaitan dengan kes seorang ibu yang melacurkan anak perempuan berusia 14 tahun, mengakui dia membawa remaja itu ke sebuah bilik hotel.

 

Remaja dilacurkan ibu rupanya anak saudaranya sendiri! Tak jadi lakukan seks lepas sedar gadis itu anak saudaranya

Remaja dilacurkan ibu rupanya anak saudaranya sendiri! Tak jadi lakukan seks lepas sedar gadis itu anak saudaranya

 

 

Bagaimanapun katanya, dia tidak melakukan hubungan seks dengan remaja itu selepas menyedari mangsa adalah anak saudaranya sendiri sebaik berada di dalam bilik.

Tidak diketahui mengapa lelaki berkenaan tidak mengenal pasti anak saudaranya pada awalnya.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, polis memperoleh perintah mahkamah majistret untuk menahan reman lelaki tersebut selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

 

“Dia beritahu tidak melakukan hubungan seks dengan mangsa selepas menyedari mangsa adalah anak saudaranya sendiri,” kata Zainal pada sidang media pada Khamis.

Lelaki itu ditahan di hadapan sebuah restoran di bandar Lawas pada pukul 9.30 malam 9 Oktober lalu.

Penahanan lelaki tersebut susulan polis menahan seorang suri rumah berusia 30 tahun, yang didakwa melacurkan anak perempuannya.

Kes tersebut hangat diperkatakan apabila ketua kampung membawa remaja perempuan itu untuk membuat laporan polis selepas mengetahui mengenai nasibnya.

Remaja itu mendakwa dia dirogol sebanyak tiga kali di sebuah hotel di Lawas oleh seorang lelaki yang telah membayar RM1,000 kepada pemilik pusat karaoke.

Ibu remaja didakwa bersubahat dengan pemilik pusat karaoke tersebut ditahan pada 8 Oktober lalu. 

Sumber: Mstar
Loading...

Leave a Reply