Nara the Fake Dentist: “Saya tak peduli apa yang mereka nak spin, PPIM perlu berhenti menyalahkan orang lain isu doktor gigi palsu” – Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir

Pada Jumaat lepas, New Straits Times melaporkan bahawa Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyatakan, bersama Persatuan Pemaju Ekonomi Malaysia (PPEM) telah membantu mengumpulkan dana untuk membayar denda yang dikenakan kepada seorang pesalah bagi membebaskannya dari penjara.

Nara the Fake Dentist: "Saya tak peduli apa yang mereka nak spin, PPIM perlu berhenti menyalahkan orang lain isu doktor gigi palsu" - Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir

Nara the Fake Dentist: “Saya tak peduli apa yang mereka nak spin, PPIM perlu berhenti menyalahkan orang lain isu doktor gigi palsu” – Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir

Pesalah itu, Nur Farahanis Ezzaty Adli, 20, telah dikenakan hukuman penjara di Sungai Udang, Melaka, kerana menjalankan khidmat pemasangan pendakap gigi tanpa tauliah. Farahanis yang juga dikenali sebagai Nara juga mengaku hanya mempelajari kaedah pemasangan tersebut dari YouTube.

Sekitar Ahad, berita mengenai kebebasan Nara yang berlaku kerana persatuan-persatuan tersebut yang menggunakan dana sumbangan awam telah menjadi tular dan menyebabkan PPIM menerima kecaman hebat.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Bagaimanapun, pada Isnin, PPIM telah mengadakan satu sidang media menafikan mereka membantu mengumpulkan dana untu membebaskan Nara yang baru menjalani tempoh penjara selama enam hari dari enam bulan yang diperintahkan Mahkamah Sesyen Melaka kerana gagal membayar denda berjumlah RM 70,000 yang dikenakan. Bagaimanapun, seorang pengamal perubatan telah tampil membidas kenyataan media PPUM yang disifatkannya tidak profesional:

Dr. Abdul Rahman menulis:

Saya diberitahu bahawa PPIM telah mengadakan sidang media semalam bagi memperjelaskan isu bantuan mereka kepada doktor gigi scammer.

Saya tidak peduli pun apa yang mereka hendak spin kerana itu sudah dijangka. Mereka perlu melakukan sesuatu untuk memulihkan imej mereka yang tercalar. Saya tidak menonton sidang tersebut secara live kerana sibuk melakukan urusan lain.

Apabila diberitahu bahawa PPIM tidak mengaku dan mengambil pendekatan menyalahkan orang lain, saya tidak kisah pun kerana yang penting mereka mengasingkan diri mereka dari terus menyokong scammer.

Namun saya amat terkejut apabila diberitahu kemudian yang PPIM telah menggunakan saluran berbayar live mereka untuk menghentam khusus sahabat kami Dr Iqbal Rosali yang telah menyatakan kekecewaannya atas penglibatan PPIM di dalam kes ini. Beliau diperlekeh dan dipersendakan oleh kedua2 pemimpin PPIM!

Saya menonton rakaman video tersebut (lihat video 1) dan saya rumuskan ia adalah satu tindakan biadap terhadap seorang pengamal perubatan yang bersuara di atas kapasiti profesionnya.

Isu ini sebenarnya begini:
1. Doktor scammer telah dibebaskan oleh NGO dengan bayaran denda 70K.
2. Laporan berita NST menyatakan PPIM terlibat.
3. PPIM sendiri kongsi berita NST tersebut di laman rasmi mereka. (Lihat gambar).
4. Video geng Dragon 76 dengan terang2 merujuk kepada individu yang turut hadir di kompleks penjara Sg Udang sebagai wakil PPIM.
Beliau malah tersengih dan tidak menafikan.
5. Kemudian video lanjut dari Amir Danau (lihat video 2) dengan terang Saudara Amir menyatakan mereka dihubungi oleh PPIM yang menyatakan ingin turut membantu. Amir sendiri berkata dia terkejut apabila dana yang mereka kumpul tiba-tiba PPIM ambil kredit dengan share berita NST di wall mereka.

6. Berita NST yang dikongsi oleh laman rasmi PPIM itu dipadamkan oleh mereka tanpa ada kenyataan rasmi menyatakan ia adalah isu salah lapor oleh NST. Padam begitu saja tanpa ada penjelasan.

Dalam keadaan seperti ini, segala bukti sedia ada menunjukkan PPIM terlibat. You sendiri ambil berita NST dan share. Orang yang terlibat secara langsung membebaskan scammer tersebut pun menyatakan PPIM terlibat berkali-kali! Takde satu pun statement penafian dari you. Lepas tu you salahkan Dr Iqbal kerana kecewa?

Come on la….setakat up status mudah dengan berkata, “Ralat. Laporan NST yang kami kongsi tadi diturunkan kerana maklumat di dalamnya salah lapor. PPIM tidak terlibat membantu doktor gigi palsu” tak ambi masa dua minit nak buat kot. Tolong jangan beri alasan hujung minggu takleh respond. Media sosial bukan pejabat pos yang tutup hujung minggu. YB Timbalan Menteri Kesihatan walau ada sedikit tuduhan beliau terlibat pun pantas mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan sekeras-kerasnya.

Kenapa di dalam sidang media tidak dibelasah NST sepertimana sahabat kami dibelasah?

Sebab dia hanya doktor gigi dan individu tiada pengaruh? Takut ka nak salahkan NST kerana ada bukti rakaman? Takut nak lawan dengan media tapi buli seorang doktor secara live untuk dimaki hamun secara berjemaah?

Aisey…buruknya kelaku NGO yang guna nama Islam.

Elok lagi geng Dragon 76 yang tampil dengan baik, mohon maaf atas kekasaran dan tidak menyalahkan siapa-siapa.

Brader sebelah Tokki memperlekehkan tulisan Dr Iqbal yang menulis, “Hari paling menyedihkan dalam hidup saya sebagai doktor gigi.”

Mereka meremehkan dengan berkata, “takkan isu ni pun dah jadi paling menyedihkan. Sikit benar hidup dia.

Isu Rohingya, Palestin tak sedih? Tahfiz terbakar tak sedih 23 orang mati?”

Lahaulawala Quata Illah Billah…

Dia bercakap atas kerangka profesional sebagai doktor gigi. Ia paling menyedihkan dalam kehidupan profesionalnya.

Sebagai Muslim dan sebagai manusia siapa tak sedih dengan semua tragedi tu?

PPIM sebenarnya divert kritikan terhadap mereka dengan mengalihkan kesalahan kepada pihak lain.

Kegagalan anda menguruskan persepsi dan kelemahan pengurusan media anda anda salahkan pula orang lain. Salahkan la NST macam salahkan Dr Iqbal kalau berani.

Paling menjengkilkan apabila individu berkenaan mempersoalkan jasa Dr Iqbal berbanding aktivis PPIM. Hello…tengok cermin sikit kot….

Iqbal tu doktor. Hari-hari dia kerja dia memang bantu orang dan selamatkan nyawa orang. Orang bodoh saja tanya apa jasa dia kot.

Ingat dia macam macai yang bantu orang dan buat PC untuk publisiti macam NGO tertentu ke?

PPIM harus bermuhasabah.

Mohon tarik balik kenyataan dan minta maaf kepada Dr Iqbal yang hanya menyatakan pandangannya dari kacamata seorang doktor profesional. Jangan bersikap seperti Ah Long yang membuli mangsa di media sesuka hati.

Kami malu dengan sikap tidak profesional PPIM.
#DARK
#Solidariti4DrIqbalRosali

Status Dr Abdul Rahman kini menjadi tular dengan lebih 4,000 likes dan 2,000 perkongsian.

Nara kini telah menyahaktifkan akaun Instagramnya namun Netizen sempat merakam skrin beberapa statusnya yang mengiklankan perkhidmatan memasang pendakap gigi dan perhiasan ‘berlian’ pada gigi dengan caj serendah RM 350-RM 500 walaupun servis itu diberikan hanya di bazar ramadan. – amazingnara.com

Sumber: Dr. Abdul Rahman

Via: Amazingnara

Loading...

Leave a Reply