Mesin tebu makan tuan, tangan warga emas hampir hancur lepas tersepit

GERIK: Seorang lelaki warga emas cedera parah di tangan akibat tersepit mesin tebu semasa mahu memulakan perniagaan di Bandariang di sini, petang Khamis.

 

 

Mesin tebu makan tuan, tangan warga emas hampir hancur lepas tersepit

Mesin tebu makan tuan, tangan warga emas hampir hancur lepas tersepit

 

Mangsa, Abdul Majid Beran, 70an, kini berada di Hospital Taiping dan difahamkan pembedahan ke atas tangannya akan dilakukan malam Khamis juga.

Anak mangsa, Nuratina Abdul Majid, 42, berkata ayahnya kini dalam keadaan baik namun agak lemah kerana menahan sakit akibat insiden itu.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.00 petang tadi semasa ayahnya bersiap-siap untuk memulakan perniagaan di Pasar Malam Bandariang.

 

“Biasanya dia memang buat kerja dengan cermat, tidak pernah buat laju-laju pun. Tadi jarinya tersepit masa masukkan tebu yang pertama.

“Masa masuk tiada apa berlaku tapi masa kepakkan tebu itu, satu jari termasuk dalam mesin, terus mesin sedut sampai pergelangan tangan.

“Teruk juga keadaan tangannya. Adik bongsu saya yang tolong buka mesin itu dan keluarkan tangan ayah kemudian terus hantar ke Hospital Gerik,” katanya kepada Sinar Harian.

Setakat pukul 9.45malam, Nuratina memaklumkan ayahnya dalam keadaan stabil dan hanya menunggu masa untuk pembedahan.

“Harapnya semua berjalan dengan baik. Kami sangat terkejut bila dengar berita ini. Doakan ayah saya selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh,” ujarnya. – Sinar Online

Sumber: Mstar
Loading...

Leave a Reply