KDN akan siasat Dr Zamihan berkaitan video tular isu Dobi Muslim sahaja

 

KDN akan siasat Dr Zamihan berkaitan video tular isu Dobi Muslim sahaja

KDN akan siasat Dr Zamihan berkaitan video tular isu Dobi Muslim sahaja

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Dr Zamihan Mat Zin Al-Ghari akan disiasat oleh Kementerian Dalam Negeri berikaitan sebuah video ceramahnya yang tular di media sosial.

“KDN akan menyiasat (perkara tersebut) dan ambil tindakan,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan.

Dalam video tersebut, Zamihan mengkritik pihak yang terlibat dalam isu dobi ‘Muslim sahaja’ dalam satu ceramah yang dipercayai disampaikan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam.

Manakala Zamihan dalam satu kemas kini di laman sosial facebooknya berkata, dia tidak menggunakan perkataan kesat, kasar atau sebarang elemen yang bersifat hasutan dalam ceramahnya itu.

“Saya sedia untuk disiasat atas falsafah berani kerana benar dan takut kerana ALLAH,”katanya.

Sumber: SK
Loading...

Leave a Reply