Jabatan Agama Islam Selangor keluar arahan gantung ceramah Zamihan Mat Zin

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan arahan menggantung  sementara semua kuliah/ceramah yang disampaikan Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin.

 

 

Jabatan Agama Islam Selangor keluar arahan gantung ceramah Zamihan Mat Zin

Jabatan Agama Islam Selangor keluar arahan gantung ceramah Zamihan Mat Zin

 

 

Arahan tersebut dikeluarkan menerusi surat yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim berkuat kuasa serta merta.

“Sedia maklum bahawa Zamihan yang juga merupakan Pegawai Kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia sedang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

 
 

“Sehubungan itu, memandangkan beliau kini di bawah siasatan, maka pihak pentadbir masjid dan surau di peringkat akar umbi diarahkan untuk gantung sementara ceramah/kuliah yang disampaikan oleh beliau,” katanya.

Terdahulu, polis menahan Zamihan yang didakwa mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam kuliah agama pada Ahad lalu.

Dalam video terbabit, Zamihan juga didakwa membuat kenyataan perkauman tentang masyarakat cina.

 
Sumber: Sinar
Loading...

Leave a Reply