Heroin drama Titian Cinta, Farah Nabilah belum sedia bertudung

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Heroin drama Titian Cinta yang sedang disiarkan di slot Akasia TV3, Farah Nabilah, 25 atau mesra disapa Fawa akui dirinya belum bersedia mengenakan tudung.

 
Heroin drama Titian Cinta, Farah Nabilah belum sedia bertudung

Heroin drama Titian Cinta, Farah Nabilah belum sedia bertudung

“Insya-Allah, apabila tiba waktunya saya akan pakai tudung. Cuma saya harapkan supaya para peminat doakan yang baik-baik untuk saya.

“Tidak dinafikan, memang ramai yang mahu melihat saya kekalkan imej Aisy di luar set penggambaran, bukan dalam lakonan semata-mata,” katanya.

Terdahulu, penonton setia drama lakonan Zul Ariffin itu mula memperkatakan tentang penampilan Fawa yang disifatkan lebih cantik dan ayu mengenakan tudung berbanding sebaliknya.

Malah, bagi peminat yang baru mengenali Fawa, mereka agak terkejut apabila mengetahui di dunia realiti sebenarnya dia tidak bertudung.

Pernah menerajui siri Papa Ricky, Fawa berpendapat bahawa semua orang berhak menyuarakan pandangan dan dia terbuka menerima setiap kritikan, apatah lagi sebagai pendatang baharu yang perlukan bimbingan.

 

 

 

Sumber: UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply