“Dia mempunyai populariti dan wang. Tahukah anda betapa besar kuasa yang dimilikinya?” – Caprice tanya netizen yang kecam Sajat, bagaimana nanti jika dia bertaubat?

NAMA Nur Sajat sering dikaitkan dengan perkara negatif dalam kalangan netizen. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana isu yang membelenggu dirinya selama beberapa tahun ini.

Namun penyanyi rap, Caprice, mempunyai pandangan tersendiri berkaitan Sajat dan mengajak orang ramai juga untuk turut sama memikirkannya.

Dalam kemas kini status terbaharu di Instagram, Caprice memuat naik satu video yang memperkatakan tentang Sajat dan tindakannya memuat naik status kontroversi ke laman sosial.

"Dia mempunyai populariti dan wang. Tahukah anda betapa besar kuasa yang dimilikinya?" - Caprice tanya netizen yang kecam Sajat, bagaimana nanti jika dia bertaubat?

“Dia mempunyai populariti dan wang. Tahukah anda betapa besar kuasa yang dimilikinya?” – Caprice tanya netizen yang kecam Sajat, bagaimana nanti jika dia bertaubat?

Kata Caprice, di sebalik kritikan yang diterima, satu perkara yang harus diakui adalah pengaruh yang dimiliki Sajat.

“Dia mempunyai populariti dan wang. Tahukah anda betapa besar kuasa yang dimilikinya?

“Bagaimana jika dia bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik satu hari nanti? Bagaimana kalau kita semua telah tersalah menilai peranan Sajat dalam agama?” itu persoalan yang diutarakan Caprice.

Tambah Caprice lagi, jika itu terjadi satu hari nanti, Sajat akan melakukan apa yang tidak mampu dilakukan oleh orang biasa.

“Kita di sini, hanya mengkritik dan menghentam. Dia pula telah melakukan sesuatu yang luar biasa,” kata Caprice.

Just wanna throw an idea out there… to the internet. What IF…

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Sumber: Awani

Loading...

Leave a Reply