Lambakan warga asing Myanmar jajah Flat Taman Pandan Mewah risaukan penduduk tempatan

Ampang: Lambakan warga asing terutama dari Myanmar yang menghuni flat Taman Pandan Mewah sangat membimbangkan, malah, tanpa rasa malu mereka turut menjalankan perniagaan secara terbuka seperti perniagaan kedai runcit, gerai makan dan barangan lusuh.

 

Lambakan warga asing Myanmar jajah Flat Taman Pandan Mewah risaukan penduduk tempatan

Lambakan warga asing Myanmar jajah Flat Taman Pandan Mewah risaukan penduduk tempatan

 

 

Keadaan itu membuatkan kawasan flat tidak ubah seperti sebuah pasar di Myanmar walaupun pelbagai operasi dilakukan dan selain warga Myanmar, turut memonopoli perniagaan serta bekerja di situ adalah warga Bangladesh, Pakistan, Vietnam dan Indonesia.

Paling menjijikkan, longgokan sampah yang ditinggalkan mereka selepas menjalankan perniagaan haram di sekitar flat 12 blok itu menjadikan kawasan itu antara tempat panas kes demam denggi.

Turut menjalankan perniagaan secara bebas seperti menjual sirih, mengutip besi buruk, sehingga ada yang menternak ayam di kaki lima kedai adalah pelarian etnik Rohingya.

BERNIAGA makanan di kaki lima. FOTO Aswadi Alias

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pandan Mewah, Shaharuddin Ismail, 56, berkata, kebanjiran warga asing yang berniaga di kawasan itu menjejaskan pendapatan peniaga tempatan dan mewujudkan masalah sosial.

“Sudahlah menjalankan perniagaan sesuka hati tanpa ada lesen yang sah, selepas itu buang sampah merata-rata. Tidak mustahil, kes demam denggi kawasan ini semakin meningkat.

“Ketika hujung minggu pula terdapat warga asing yang mabuk dan mula mengganggu ketenteraman penduduk setempat, selain ada kedai judi di sekitar flat,” katanya ketika ditemui selepas tinjauan masalah penduduk oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Selangor dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Menurut Shaharuddin, kebanjiran warga asing di kawasan itu disebabkan terdapat pemilik kediaman yang menyewakan rumah mereka sehingga RM1,100 sebulan kepada warga asing berbanding sewa bulanan sebanyak RM700 kepada rakyat tempatan.

SEBAHAGIAN warga Myanmar yang berniaga di kaki lima di kawasan perumahan pangsapuri kos rendah, Taman Pandan Mewah, Ampang.

“Sebab itu, ramai pelarian Rohingya di sini dan ada yang berkongsi rumah sehingga tiga keluarga. Setakat ini, tindakan yang diambil pihak berkuasa bagi menangani masalah warga asing yang memonopoli perniagaan masih tidak cukup. Saya berharap tindakan lebih tegas diambil bagi menangani isu ini,” katanya.

Sementara itu, Iskandar berkata, tinjauan yang dilakukan adalah hasil aduan penduduk setempat yang memaklumkan ada warga asing terutama Myanmar yang memiliki perniagaan.

“Hasil tinjauan mendapati mereka menjalankan perniagaan di sekitar kawasan parkir dan ada yang menggunakan van rosak serta tidak boleh bergerak sebagai tempat penyimpanan barang kitar semula.

“Keadaan ini membuatkan persekitaran kotor dan sampah yang dilonggokkan menjadi tempat takungan air sehingga pembiakan nyamuk semakin menjadi-jadi selain tikus. Tindakan perlu diambil segera kerana ada juga warga asing menggunakan lesen perniagaan penduduk tempatan.

WARGA Myanmar beriadah dengan bermain takraw. FOTO Aswadi Alias

“Saya difahamkan lebih kurang 1,000 pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) tinggal di kawasan ini dan siasatan perlu dilakukan sama ada mereka masuk secara sah atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Selangor Ramli Othman berkata, sebagai pemegang kad UNHCR, pelarian Rohingya tidak dibenar menjalankan urusan perniagaan.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply