Save bajet dan sempoi habis! Pasangan pengantin bersanding tema Back to School jadi viral

Svae bajet dan sempoi habis! Pasangan pengantin bersanding tema Back to School jadi viral

Svae bajet dan sempoi habis! Pasangan pengantin bersanding tema Back to School jadi viral

Koleksi foto persandingan pasangan pengantin yang memakai busana bertemakan ‘back to school’ menarik perhatian netizen.Foto-foto kiriman Suhada Rahman itu dikongsi di laman Facebook Saja Share dan menjadi viral di laman sosial.Menariknya, bukan sahaja pasangan pengantin yang menyarungkan baju sekolah, keluarga juga turut sama-sama ‘sporting’ memakai pakaian sekolah.

Ramai netizen memuji pasangan mempelai dan menyifatkan idea mereka sebagai kreatif.

Sarip Derr: Bagi aku, ini adalah ‘wedding of the year’. Lain dari orang lain. Sempoi sporting habeh semua. Save bajet.

Nur Hanysha Hassan: Comelnya pengantin. Tahniah ye. Famili pun sporting habis.

Hamid Hasan: Comel sangat! Tahniah kepada pengantin.

Rindiani Irfan: Dah tak nampak kenduri kahwin. Macam reunion sekolah dah. Masa ni, mak budak nampak macam zaman anak dara nak ambil SPM.

Nur Aisyah Man: Fuh comelnya. Macam ni jimat baju. Tak payah susah nak cari. Macam ni pun okay. Tutup aurat lagi. Bersih, semua macam budak-budak sekolah. Geng kahwin budak sekolah.

Entri laman Facebook Saja Share berkenaan dengan pasangan mempelai itu mendapat lebih 4000 perkongsian.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Facebook Saja Share

Wedding bertemakan back to school. Dari pengantin sampai la kepada semua family pakai baju sekolah. Sporting habis, sempoi je. 😄🤣Kiriman: Suhada Rahman

Posted by Saje Share on 5hb Oktober 2017

Loading...

Leave a Reply