‘Kalau orang Islam korang panggil pengganas, tapi kalau orang putih korang panggil kurang siuman’ – Luah orang Muslim Barat

'Kalau orang Islam korang panggil pengganas, tapi kalau orang putih korang panggil kurang siuman' - Luah orang Muslim Barat

‘Kalau orang Islam korang panggil pengganas, tapi kalau orang putih korang panggil kurang siuman’ – Luah orang Muslim Barat

3 Okt – Umat Islam di seluruh dunia meluahkan rasa kecewa dengan segelintir media barat yang dengan jelas dilihat bias dalam melaporkan insiden serangan tembakan di Las Vegas baru-baru ini.

Di Twitter, ramai netizen termasuk yang bukan beragama Islam sendiri melahirkan rasa kecewa tersebut dengan memuat naik status di laman media sosial itu.

Ali menulis: “Jika penembak itu adalah seorang Muslim, kamu akan panggil ini satu serangan pengganas. Ini adalah serangan pengganas, yang dibuat oleh seorang lelaki Amerika 64 tahun berkulit putih #LasVegas.”

Tweet dari Ali itu mendapat 1.3 ribu retweet tanda sokongan.

Memandangkan dia seorang lelaki kulit putih…. dia cuma seorang penembak… Jika dia seorang Arab/ Muslim.. dia akan dilabel sebagai pengganas.” tulis Little Monster.

Perkara ini bukan sahaja menjadi isu untuk orang Muslim, malah turut menaikkan kemarahan orang Amerika yang bukan berkulit putih.

USA media kepada anda:
“Jika dia muslim – terroris,
“Jika dia hitam – gangster
“Jika dia putih – seorang yang kurang siuman” tulis irum.

Beberapa portal barat menyifatkan bahawa penyerang Las Vegas sebagai ‘Lone Wolf’ dan bukannya pengganas biarpun telah menembak mati sekurang-kurangnya 59 mangsa.

Daesh juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bertanggungjawab terhadap serangan terbabit dan mendakwa si penembak itu telah masuk Islam beberapa bulan yang lalu, ujar media barat.

Sumber: SK

Loading...

Leave a Reply