Kejam! Tukang kayu guna kapak tetak tangan wanita sampai putus bila tahu jam emas, gelang dan cincin yang dicurinya palsu

KEJAMNYA…seorang tukang kayu telah menggunakan kapak untuk menetak tangan seorang wanita dalam usaha mencuri jam emas, gelang dan cincin.

Selepas tangan itu putus dan jatuh di atas jalan raya, dia kemudiannya mengutip barang berharga itu. Kejadian berkenaan berlaku di tepi jalan di Rusia.

 

Kejam! Tukang kayu guna kapak tetak tangan wanita sampai putus bila tahu jam emas, gelang dan cincin yang dicurinya palsu

Kejam! Tukang kayu guna kapak tetak tangan wanita sampai putus bila tahu jam emas, gelang dan cincin yang dicurinya palsu

 

 

Ketika kejadian, mangsa sedang bercakap di telefon dan perhiasan yang dipakainya itu telah menarik perhatian penjenayah itu.

Malangnya selepas mendapati barang berharga itu adalah palsu, dia menggunakan kapaknya untuk mencincang tangan yang putus berkenaan dengan harapan ia tidak dapat disambung semula.

 

Wanita berkenaan kemudiannya menangis dan menjerit. Dia dikejarkan ke hospital.

“Semasa siasatan wanita itu memberitahu jika tukang kayu tersebut menunjukkan kapak itu, dia akan memberikan semuanya,” kata Naib Presiden Kesatuan Peguam Persekutuan Rusia.

Sementara tukang kayu itu tidak mempunyai rekod jenayah dan dikatakan berasal dari keluarga yang baik, bapa kepada dua anak dan pemilik rumah tiga tingkat yang dibinanya sendiri.

Tukang kayu terbabit kini berdepan hukuman penjara tujuh tahun.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

Loading...

Leave a Reply