“Malaysia rugi berjuta ringgit batal pesta arak” – Rizal Kamal

Pembatalan Better Beer Festival 2017 boleh menjejaskan imej Malaysia sebagai negara moderat. — Foto Reuters

Pembatalan Better Beer Festival 2017 mungkin menyebabkan penganjur rugi ratusan ribu ringgit tetapi kesan sampingan lain yang lebih besar boleh berlaku disebabkan kontorversi itu, ramal penggiat industri.

Naib presiden ALIFE berkata imej Malaysia sebagai negara moderat terjejas selain mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kerana pelabur mungkin takut dan beralih ke pasaran negara lain yang lebih stabil.

“Kesan kos langsung mungkin boleh dikatakan beratus ribu. Tetapi kesan kepada reputasi Malaysia mungkin boleh membawa kepada jutaan ringgit,” kata Rizal Kamal kepada Malay Mail Online.

Lebih separuh daripada peserta Better Beer Festival edisi kelima terdiri daripada syarikat asing.

Penganjur Mybeer (M) Sdn Bhd berkata pesta diadakan bagi meraikan pameran seni penghasilan minuman keras daripada pelbagai negara.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu menolak permohonan penganjur untuk mengadakan pesta di Solaris Dutamas di sini bulan depan atas alasan “isu sensitif”.

Sumber: Projek MMO

Loading...

Leave a Reply