Tong gas meletup, 6 pekerja kilang makanan melecur

ENAM pekerja kilang makanan di Jalan Subang 10, Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, melecur selepas tong gas memasak meletup pagi tadi.

 

Tong gas meletup, 6 pekerja kilang makanan melecur

Tong gas meletup, 6 pekerja kilang makanan melecur

 

 

Difahamkan dua lagi pekerja mengalami kecederaan akibat terkena serpihan letupan dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.04 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya bergerak ke lokasi untuk bantuan memadam api dan menyelamat mangsa.

“Kami difahamkan tong gas memasak jenis domestik meletup di bahagian dapur kilang berkenaan sebelum mencetuskan api.

“Seramai enam pekerja asing melecur dibawa keluar dan diberikan rawatan. Manakala dua lagi pekerja turut mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Serdang,” katanya.

 

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply