PPIM sedang siasat Datuk Boy Iman dan akan serah hasil siasatan pada polis

200 orang pembeli projek mini banglo yang dipasarkan oleh Datuk Norul Iman Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman mendakwa telah ditipu. Ini kerana rumah yang dibayar dengan harga RM 60,000 masih tidak disiapkan selepas setahun bayaran dibuat.
vlcsnap-2017-09-21-12h50m05s126

Lapor Malaysia Gazette, bersama wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mereka telah bertemu dengan Boy Iman semalam  namun Boy Iman sebagai wakil DBI Properties yang merupakan ejen pemasaran kepada syarikat pemaju Juta Kelulut Sdn Bhd juga mendakwa ditipu oleh skim tersebut sambil menyebut beberapa nama yang membayarnya untuk menubuhkan syarikat DBI Technology Sdn Bhd bagi memasarkan rumah berkenaan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Menurut Pengurus Pentadbiran Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM, Mohd Faris Ahmad Puzi, kira-kira seratus pengadu membuat aduan kepada PPIM selepas mengesyaki menjadi mangsa penipuan.

Selama dua tahun kononnya projek itu berlangsung namun hanya dua atau tiga rumah saja yang siap.

Selebihnya tiada perkembangan, jadi tugas kami di sini adalah ingin memudahkan urusan pengadu membuat tuntutan sivil dan mendapatkan wang mereka semula.

Sehubungan itu, Faris berkata, siasatan masih dijalankan dan pihaknya masih belum boleh mendedahkan nama individu disyaki.

Sebelum ini, laman popular di Facebook PW Community menyiarkan dakwaan DBI menipu orang ramai dengan menggunakan helah menerusi skim piramid.

Boy Iman bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Ketika dihubungi, Faris turut meminta orang ramai menunggu hingga keputusan akhir siasatan diperoleh sebelum membuat apa-apa tuduhan.

Kami masih belum memperoleh keputusan rasmi. Dia (Boy Iman) mungkin boleh didapati bersalah atau pun tidak.

Hasil siasatan ini akan kami serahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Boy Iman membuat laporan polis ke atas pengendali Facebook PW Community dan media yang didakwa memfitnah dan menyebabkan syarikatnya rugi.

Menurut Boy Iman, dakwaan PW Community itu tidak berasas.

Boy Iman turut mendakwa menerima ugutan di laman sosial daripada akaun yang tidak dikenali dan menyatakan kebimbangannya terhadap keselamatan kakitangan syarikatnya.

DBI Technology merupakan syarikat yang ditubuhkan Boy Iman selepas meninggakan DBI Properties, syarikat yang pernah menjadi ejen pemasaran kepada pemaju yang disyaki bertanggungjawab menawarkan banglo berharga 60,000 seunit.

Juta Kelulut Sdn Bhd merupakan syarikat pemaju yang bertanggungjawab ke atas projek mini banglo tersebut.

Dalam penjelasannya, Boy Iman mendakwa hanya bertindak memasarkan rumah-rumah tersebut dan bukan membinanya.

Rentetan daripada pertemuan itu, kesemua mangsa dan pihak PPIM bergerak ke Setapak bagi menjejaki pejabat pihak yang bertanggungjawab yang nama mereka telah disebutkan oleh Boy Iman.

Sebaik tiba di pejabat Juta Kelulut, mereka dipertemukan dengan Siti Nurbaiyah Yahya yang lebih dikenali sebagai Anggun dan suasana menjadi kecoh apabila mangsa-mangsa yang tertipu menjerit-jerit menuntut penjelasan lanjut.

vlcsnap-2017-09-21-12h51m14s667

Anggun bagaimanapun menjelaskan, beliau juga cuma bertindak sebagai ejen dan telah menyerahkan kesemua wang kepada pihak lain.

Tambahnya, beliau hanya diberi RM6 juta untuk membeli peralatan pembinaan dan menyebut nama dua individu yang bertanggungjawab mengambil wang tersebut yang sehingga kini tidak diketahui statusnya.

Kesemua mangsa hampa kerana matlamat mereka untuk menuntut wang masih belum tercapai.

Pada 6 September lalu, PW Community menyiarkan dakwaan bahawa DBI mengutip dana dan menipu orang ramai dengan menggunakan helah menjual rumah menerusi skim piramid.

Menurut PW Community, DBI memberikan tawaran cukup menarik pada rekaan bentuk rumah yang jika mengikut harga jualan semasa boleh mencecah RM200,000 tetapi dijual dengan harga RM50,000.

Laman Facebook itu juga mendakwa masyarakat akan mudah terperangkap dengan pakej ditawarkan kerana hakikatnya DBI melakukan penipuan selepas dikaji secara terperinci.

Bagaimanapun, Boy Iman menyifatkan tuduhan itu sangat membimbangkan terhadap syarikatnya.

Malah dia juga berasa kecewa apabila stesen televisyen yang turut dinamakan dalam laporan polis itu membatalkan iklan berbayar oleh syarikatnya kerana termakan dengan fitnah tersebut.

Unsur ugutan terhadap DBI amat membimbangkan kerana kami memiliki kakitangan yang memakai pakaian korporat rasmi syarikat.

Kami memohon pihak berkuasa melindungi dan membanteras isu jenayah sosial media yang semakin berleluasa. Kami juga memiliki bukti daripada individu yang memfitnah.

Sementara itu PW Community berkata mereka sudah memaparkan “bukti audio yang didakwa mereka menunjukkan syarikat Boy Iman mengamalkan sistem piramid.

Katanya, mereka mempunyai bukti bahawa bukan saja syarikat itu yang memperdaya pengguna, malah ejen mereka juga.

Menurut PW Community:

DBI Technology hanyalah talian hayat kepada scam DBI Properties.

Berikut ialah rakaman perjumpaan antara PPIM, pengadu dan Boy Iman.

(Live Tertunda HD) Rakaman Video Kami Unit Tindakan Khas PPIM sebagai orang tengah untuk membantu pengadu/mangsa dengan Syarikat Boy Iman dan masalah yang telah ditimbulkan oleh beliau sebelum kami menemani mangsa ke Juta Kelulut di bawah pengurusan Dato' Anggun dan Omar di Starparc Point Setapak Semalam..Video Penuh semalam Part 1Link >> https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=475992742770955&id=200898756947023Video Part 2Link> https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=476105539426342&id=200898756947023#SEMBOYAN1MALAYSIA#UTKPPIMJIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI:Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala LumpurHotline: 019 913 0000 / 013 220 1565Office: 03 4050 4454Blog: utkppim@blogspot.comInstagram: www.instagram.com/utk.ppimwww.instagram.com/yusuf_azmi_utkppimFacebook: fb.com/utkhasppim fb.com/yusufazmiPPIMBiro Kawal Selia Umrah: Ustaz Abd Halim – 010 600 1415Biro Keahlian Unit Tindakan Khas PPIM:016 764 8000

Posted by Yusuf Azmi on 19hb September 2017

Ini pula ialah rakaman ketika PPIM dan pengadu pergi ke syarikat pemaju perumahan terbabit untuk membuat tuntutan.

L I V E Part 2 Liputan menuntut HAK dari Syarikat Pemaju Perumahan..#SEMBOYAN1MALAYSIA#UTKPPIMJIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI:Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala LumpurHotline: 019 913 0000 / 013 220 1565Office: 03 4050 4454Blog: utkppim@blogspot.comInstagram: www.instagram.com/utk.ppimwww.instagram.com/yusuf_azmi_utkppimFacebook: fb.com/utkhasppim fb.com/yusufazmiPPIMBiro Kawal Selia Umrah: Ustaz Abd Halim – 010 600 1415Biro Keahlian Unit Tindakan Khas PPIM:016 764 8000

Posted by Yusuf Azmi on 19hb September 2017

Sumber: Malaysia GazetteMalaysiakiniPW CommunityYusuf Azmi PPIM

Via: Beautifulnara

 

Loading...

Leave a Reply