‘Santapan’ golongan berduit

Luar bangunan tampak buruk namun di bahagian dalam wujudnya spa pelacuran eksklusif untuk golongan kaya.

Spa berkenaan yang terletak di tingkat bawah tanah sebuah hotel lama terletak berdekatan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban itu hanya mampu dikunjungi golongan ‘berada’ berikutan caj sewa pelacur ditawarkan mencecah RM500.

Hasil risikan dan intipan dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mendapati puluhan wanita dan remaja menjadi ‘santapan’ golongan lelaki yang muncul menaiki kereta mewah di pusat maksiat itu.

Sebelum melakukan serbuan jam 10 malam kelmarin, sepasukan pegawai JIM KL yang melakukan penyamaran mendapati lebih 30 wanita dibawa masuk ke ruang ‘pameran’ secara berperingkat untuk dipilih pelanggan.

Kebanyakan wanita itu berpakaian seksi untuk menarik pelanggan dan ada antaranya hanya berpakaian baju dalam untuk tatapan pelanggan.

Dapatkan akhbar Harian Metro hari ini

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply