Netizen samakan rantai Aiman Tino macam rantai Sami

Penyanyi remaja popular kegilaan gadis-gadis siapa lagi kalau bukan Aiman Tino sejak akhir-akhir ini sering dilihat menggayakan aksesori berupa rantai labuh yang diperbuat dari manik hitam.

screen-shot-2017-09-13-at-12-26-58-pm

Aiman dilihat beberapa kali memuatnaik gambarnya memakai rantai berkenaan di Instagram miliknya.

screen-shot-2017-09-13-at-12-27-13-pm

Ramai peminatnya yang bertanyakan apakah rantai yang dipakainya itu adalah tasbih. Namun Aiman telah menjelaskan di dalam satu gambar yang dimuatnaiknya menyatakan bahawa itu adalah rantai dan bukannya tasbih.

screen-shot-2017-09-13-at-12-07-37-pm

Ada juga netizen yang mengecam Aiman memakai rantai berkenaan yang dikatakan menyerupai seorang sami. Ada juga yang berdakwah secara ‘online’ dengan mengatakan Aiman menyerupai wanita.

screen-shot-2017-09-13-at-12-15-59-pm

Mungkin Aiman hanya sekadar berniat untuk kelihatan bergaya dan tampil berlainan.

Sumber: Suria

Loading...

Leave a Reply