Pemain Kuantan FA tuntut gaji tertunggak setahun, ada sesetengah pemain terpaksa buat kerja sambilan jadi posmen dan buka kedai cuci kereta

KUALA LUMPUR: Kuantan FA pasti mencipta rekod baharu tersendiri Liga Malaysia (Liga M) apabila menjadi pasukan pertama yang gagal melunaskan gaji pemain mereka hampir setahun.

Pasukan yang beraksi dalam Liga Perdana dan menduduki tangga kesembilan daripada 12 pasukan selepas 19 perlawanan itu, tidak membayar gaji pemain mereka kira-kira 11 bulan sejak November, tahun lalu.

Sumber Kuantan FA berkata, perkara itu sangat buruk apabila sesetengah pemain terpaksa melakukan kerja sambilan untuk menambah pendapatan.

Difahamkan, ada di antara pemain yang terpaksa bekerja sebagai posmen dan membuka kedai mencuci kereta.

Pemain Kuantan FA tuntut gaji tertunggak setahun, ada sesetengah pemain terpaksa buat kerja sambilan jadi posmen dan buka kedai cuci kereta

Pemain Kuantan FA tuntut gaji tertunggak setahun, ada sesetengah pemain terpaksa buat kerja sambilan jadi posmen dan buka kedai cuci kereta

BEKAS pemain Kuantan FA, Stefan Vukmirovic sudah meninggalkan pasukan itu, Jun lalu. – Foto Muhd Asyraf Sawal

Kuantan FA yang menyertai Liga Perdana sejak 2015, bagaimanapun berjanji menyelesaikan segala bayaran sebelum mereka menarik diri dari kancah Liga M musim depan.

Pemain Serbia, Stefan Vukmirovic dan Korea Selatan, Sim Woon Sub sudah meninggalkan pasukan itu, Jun lalu.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar menjelaskan empat pemain import sudah membuat aduan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), manakala pemain tempatan bersetuju bekerjasama dengan PFAM.

“Kes ini amat menyedihkan kerana ada pemain yang tidak berkemampuan untuk datang ke Kuala Lumpur dan membuat laporan. PFAM akan ke Kuantan untuk bertemu mereka tidak lama lagi,” kata Hairudin beru-baru ini.

Malah, surat daripada pemain Kuantan FA kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah sudah tersebar di media sosial sejak kelmarin.

Antara yang dinyatakan dalam surat berkenaan termasuk: “Kami tiada wang untuk menyambut hari raya dengan keluarga.

“Perkara yang lebih buruk untuk kami apabila gagal menyediakan makanan yang baik buat isteri dan anak.

“Kami tiada wang untuk mengisi petrol kereta untuk menghadiri latihan. Kami tahu Kuantan FA bukan kelab besar, tetapi mereka harus bertanggungjawab dan membayar gaji kami.”

Sementara itu, sumber daripada Kuantan FA berkata, pemain turun menjalani latihan hanya beberapa kali sejak beberapa bulan lalu.

Sumber: Bharian

Loading...

Leave a Reply