Bau busuk di pantai Paka jadi tanda tanya

DUNGUN – Bau busuk di pesisir pantai Paka, Kampung Cacar di sini sejak semalam terus menjadi tanda tanya apabila penduduk menyangkakan ia datang daripada bau mayat.

 

 

Bau busuk di pantai Paka jadi tanda tanya

Bau busuk di pantai Paka jadi tanda tanya

 

Bukan sahaja bau busuk tetapi keadaan satu tompokan pasir  dipenuhi lalat mati menguatkan lagi sangkaan orang ramai yang bau itu datang dari mayat ditanam.

Bagaimanapun sehingga pagi ini bau busuk keterlaluan itu masih belum dirungkai apabila pihak polis tidak menemui apa-apa di lokasi kejadian.

 

Bau busuk berkenaan mula mengganggu peniaga kedai makan dan pengunjung di kawasan itu sebelum satu aduan  dibuat kepada pihak polis.

Kerja-kerja menggali kawasan pesisir pantai menggunakan jengkaut dimulakan kira-kira jam 5.00 petang semalam dan dihentikan menjelang waktu maghrib apabila operasi gagal menemui sebarang objek atau benda.

Tompokan pasir dipenuhi lalat mati yang mengeluarkan bau busuk.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

“Kerja-kerja menggali lokasi yang dimaksudkan sudah dilakukan tetapi usaha gagal menemui dari mana dan punca bau busuk itu datang.

“Operasi menggali akan diteruskan pada hari ini,” katanya.

Sumber: Sinar

 

Loading...

Leave a Reply