Filem Bad Genius, kisah korbankan impian sebab terpaksa buat benda lebih penting untuk survive

Sejak tiga minggu yang lalu aku nak sangat tonton filem ini. Kira-kira dua hari lepas baru berpeluang menonton ‘Bad Genius‘.

 

 

Filem Bad Genius, kisah korbankan impian sebab terpaksa buat benda lebih penting untuk survive

Filem Bad Genius, kisah korbankan impian sebab terpaksa buat benda lebih penting untuk survive

 

Filem ini menarik perhatian aku bukan pada ceritanya sangat, tapi pada cara mereka menipu dalam peperiksaan. Gila apa letak jawapan pada ‘barcode’ dan guna teknik piano.

Kita jadi materialistik kerana desakan realiti. Kita sudah tidak lagi menjadi orang yang terlalu optimis dan idealitistik kerana desakan realiti.

Masa kecik-kecik, kita nak jadi macam-macam. Kita bercita-cita besar. Bila dah dewasa, jadi apa pun tak kisah asalkan dapat ‘survive’ dalam kehidupan.

Kita korbankan impian kita sebab kita terpaksa buat benda yang lebih penting untuk ‘survive’.

Ini sebenarnya benda yang paling aku nak beritahu dan paling aku ‘concern’ dengan mesejnya.

Watak Lynn dan Bank dalam filem ini berasal daripada keluarga yang miskin. Tapi sebab mereka pandai, mereka peroleh biasiswa di sekolah dan mereka pun tak susah nak terima biasiswa untuk sambung pengajian di tempat yang lebih tinggi.

Tapi, kenapa mereka lebih memilih untuk melakukan perkara yang melanggar undang-undang untuk mendapatkan sejumlah wang yang lebih besar?

Ini yang ahli psikologi panggil ‘loss aversion’.

‘Loss Aversion’ ini konsep rasa kehilangan itu lebih berat daripada rasa bersyukur dengan apa yang ada. Kau terima RM100, kau akan rasa sikit, tapi bila kau hilang RM100, kau akan rasa macam hilang RM1000.

Lagi-lagi bila kau hidup miskin dan terdesak.
Lynn ini sebenarnya lebih takut kehilangan wang berjuta baht yang diterima oleh rakan-rakannya berbanding mensyukuri dengan apa yang dia terima.

Berat rasa kehilangan itu bertambah pula dengan keperluan mendesak untuk keluarganya.

Rasa takut akan kehilangan ini membuatkan Lynn lebih bermotivasi untuk menerima tawaran rakan-rakannya untuk menipu dalam peperiksaan.

Kes Bank pula lebih menyedihkan. Bank seorang yang jujur dan budak baik. Tapi sebab desakan hidup, sampai habis punah impiannya. Sehinggakan dia tak peduli dah baik atau jahat, yang penting dia ada duit untuk menyenangkan ibunya.

Benda ini berlaku pada kita semua yang kurang bernasib baik. Jadi, kita jangan hairan pun kalau ada orang lebih pentingkan duit daripada banyak benda.

Watak Grace dalam filem ini mengingatkan aku betapa peritnya menjadi orang bodoh. Masa diplioma dulu, aku pernah disisihkan oleh kawan-kawan sampai aku tak ada kumpulan untuk siapkan projek. Menangis jugalah.

Aku pernah jadi watak macam Grace dan Pat. Aku pernah upah kawan-kawan untuk siapkan tugasan (assignment) dan projek aku.

Tapi watak Pat ini tak menyantuni nilai manusia berbanding Grace. Grace pernah kata pada Lynn yang dia sengsara menjadi orang bodoh dan dia harap dapat separuh daripada otaknya. Kalau tidak cemerlang dalam pelajaran pun, paling tidak cerdik dalam membuat keputusan.

Aku pun pernah rasa macam itu. Jadi orang pandai memang bahagia. Kalau orang dewasa tertekan kerana masalah kewangan, remaja pula tertekan kerana tak dapat jadi bijak.

Via: Zamir Mohyedin

Loading...

Leave a Reply