“So sweet, muah” – Normah Damanhuri komen pada gambar Zulin Aziz dan Ahya. Ehem, bagi greenlight ke tu?

"So sweet, muah" - Normah Damanhuri komen pada gambar Zulin Aziz dan Ahya. Ehem, bagi greenlight ke tu?

“So sweet, muah” – Normah Damanhuri komen pada gambar Zulin Aziz dan Ahya. Ehem, bagi greenlight ke tu?

Kemesraan yang terjalin di antara penyampai radio Zulin Aziz dan pelakon Ahya Rosli bukan lagi rahsia, tetapi kedua-dua mereka lebih selesa mengaku sebagai teman rapat.

Semalam, Zulin telah memuat naik fotonya bersama Ahya dan telah mendapat hampir 12,600 ribu ‘likes’ dengan 61 komen.

Foto mesra mereka turut mengundang ibu kepada Ahya, iaitu Normah Damanhuri yang turut meninggalkan komen pada entri tersebut.


Rata-rata komen menyokong sekiranya dua sahabat ini menjalin hubungan cinta, seterusnya ke jenjang pelamin.

Ada juga pengikut yang mengusik nakal dengan memberi ucapan ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada pasangan sama cantik, sama padan ini.

Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka berdua. kalau ada jodoh tidak ke mana.

Oh ya! Kepada anda semua yang rindu nak lihat aksi Zulin di kaca televisyen, jangan lupa tonton Super SpontanSuperstar 2017 bermula 8 September ini ya.

Super SpontanSuperstar 2017 bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan UPM, Serdang.

Gelanggang ‘Super SpontanSuperstar 2017’ bakal dibuka secara rasminya pada Jumaat ini dengan pertempuran lawak spontan daripada kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ yang dianggotai oleh Achey, Rahim, Sharif Zero, Danial, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Sharifah Shahira dan Ozlynn bersama kumpulan ‘King Musang’ yang terdiri daripada Shuib, Syuk Joras, Atu Zero, Fikry, Fad Bocey, Kamal Adli, Amy Mastura dan Zulin.

Sumber: Astro Gempak

 

Loading...

Leave a Reply