Anak lembu diberi nama Aidiladha pengubat kesedihan nenek yang korbankan lembu manja

“KEHADIRAN anak lembu yang diberi nama Aidiladha ini bagaikan kurniaan daripada Allah SWT sebagai pengubat kesedihan kerana meredakan lembu lain yang begitu manja dengan saya dikorbankan.”

 

 

Anak lembu diberi nama Aidiladha pengubat kesedihan nenek yang korbankan lembu manja

Anak lembu diberi nama Aidiladha pengubat kesedihan nenek yang korbankan lembu manja

 

Itu kata Faridah Lebai Abdullah, 61, yang kisahnya menjadi tular dan disiarkan dalam Harian Metro pada 6 Ogos lalu apabila gelagat lembu berusia dua tahun diberi nama Cik Ah manja dan memanjat belakangnya.

 

Faridah dari Kampung Belukar, Mukim Temin, Changlun insan paling gembira dengan kelahiran anak lembu itu, 10 pagi tadi, kerana dua ekor lembu kesayangannya bakal dikorbankan pada hari raya kedua, esok.

 

“Kedua ekor lembu itu akan disembelih sendiri menantu saya, Mohd Zaidi Desa, 35, yang juga pemilik lembu berkenaan di Masjid Asun pagi esok,” katanya ketika ditemui di Kampung Belukar di Changlun, hari ini.

Menurutnya, daging korban esok akan disedekahkan kepada orang ramai dan tidak akan dibawa pulang sedikitpun ke rumah kerana akan bertambah sedih melihatnya.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply