Sejurus terima hukuman penjara 7 tahun dan sebatan kerana masukkan jari dalam alat sulit anak tiri, lelaki hampir rebah dan terpaksa dipapah

Seorang bapa tiri durjana hampir rebah di kandang pesalah selepas menerima hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan atas kesalahan memasukkan jari ke dalam kemaluan anak tirinya, tahun lalu.

Sejurus terima hukuman penjara 7 tahun dan sebatan kerana masukkan jari dalam alat sulit anak tiri, lelaki hampir rebah dan terpaksa dipapah

Sejurus terima hukuman penjara 7 tahun dan sebatan kerana masukkan jari dalam alat sulit anak tiri, lelaki hampir rebah dan terpaksa dipapah

 

 

Lelaki itu kemudiannya dipapah polis bertugas ke bilik saksi sejurus prosiding tamat.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak, Yong Zarida Sazali memerintahkan lelaki itu dipenjara bermula tarikh tangkap, 21 Ogos lepas setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan.

 

Berdasarkan pertuduhan, lelaki berusia 58 tahun itu mengaku bersalah melakukan hubungan seks menggunakan jarinya ke dalam kemaluan mangsa yang berusia 16 tahun tanpa kerelaan.

 

Kesalahan itu didakwa dilakukan di ruang tamu sebuah pangsapuri di Cheras, jam 3 pagi sekitar Jun 2016.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377 C A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Semasa merayu, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu teksi menangis ketika memohon hukumannya diringankan.

“Saya penanggung tunggal keluarga dan telah insaf dan berjanji di dalam mahkamah mulia ini tidak akan mengulanginya pada masa akan datang,” katanya tersedu- sedan.

Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin bagaimana pun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap lelaki itu.

“Rumah sepatutnya menjadi tempat selamat, namun apa yang berlaku sebaliknya,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh menghampiri dan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa yang sedang tidur.

Mangsa kemudiannya menepis tangan bapa tirinya sebelum lelaki itu lari ke dalam bilik.

Sumber: Sinar

Loading...

Leave a Reply