“Why don’t you p jaga laki u before i ajak die pegi karaoke! I’m sure laki u confirm nak!” – Diana Nasir bahasakan netizen yang kutuk Afifah Nasir

ITULAH orang tua-tua pesan; cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

 

 

"Why don’t you p jaga laki u before i ajak die pegi karaoke! I’m sure laki u confirm nak!" - Diana Nasir bahasakan netizen yang kutuk Afifah Nasir

“Why don’t you p jaga laki u before i ajak die pegi karaoke! I’m sure laki u confirm nak!” – Diana Nasir bahasakan netizen yang kutuk Afifah Nasir

 

Seorang netizen terkejut beruk apabila komen-komen kutukannya di Instagram pelakon Afifah Nasir dibalas secara kasar oleh kakaknya iaitu Diana Nasir!

Tau terkujat-kujat kau kan, dik?

 

Berdasarkan satu gambar screenshot yang diberi oleh sumber, seorang pengguna Instagram bernama Syaheela Hussein mengadu kepada seorang rakannya menerusi aplikasi Messenger di Facebook apabila Diana telah bertindak mengecamnya oleh kerana meninggalkan komen yang tidak baik kepada Afifah.

Dalam kena marah dengan ahli keluarga orang tu pun, netizen tersebut masih sempat mengutuk adik-beradik Afifah dengan mengatakan, “Adik beradik suka ajak laki orang pegi karaoke.” Tergelak besar kami membacanya.

Gadis itu kemudiannya berkongsi kepada rakannya gambar screenshot yang diambil daripada komen balas Diana itu di Instagram.

Kata Diana, “Hanya setan macam you saja yang akan gelak kan org! #silamoveon #stopbeingsonegative #lifelesehhh.”

Tidak berpuas hati lagi ‘membahan’ gadis itu, ibu kepada sepasang kembar perempuan itu menambah lagi kecamannnya.

“@laissya.ss gigih eh baca semua comment2 from top to bottom! And gigih u comment pics my sister dalam pada tak suka die. Kerja you hari2 menghadap screen je eh tunggu my sister upload pic is it? Feeling very sorry for you woman! Why don’t you p jaga laki u before i ajak die pegi karaoke! I’m sure laki u confirm nak!”

Ish, ish, ish. Bawak bersabar sikit Diana awak tu isteri orang, LOL!

Tetapi itulah, jika kita merasakan kita ‘kebal’ di sebalik skrin telefon dan itulah lesen besar untuk mengutuk seseorang yang kita sendiri tidak kenal secara peribadi, usahlah cari penyakit dengan menyerang orang tersebut.

Mungkin niat sebenar mahu orang itu kesal dan malu dengan kesilapannya, namun sebenarnya itu hanya mengeruhkan lagi keadaan. Apatah lagi masalah itu tiada kena-mengena dengan diri anda. Kan dah kena!

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Loading...

Leave a Reply